Enam pusat kawalan sempadan baharu  banteras PATI

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) menyarankan agar menubuhkan enam pusat kawalan sempadan baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan sempadan di Sarawak-Indonesia.

Lokasi yang dicadangkan ialah Biawak, Lundu; Kampung Stass/Kampung Sebubok, Bau; Kampung Raso, Kampung Sapit, Padawan; Sungai Paku Ulu Undop dan Tapak Merah, Belaga.

Komander Briged PGA Sarawak SAC Mancha Ata berkata, cadangan yang diutarakan itu bagi memperbaiki dan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.

“Kita sedang berusaha meningkatkan kawalan keselamatan sempadan bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin (Pati) dan membanteras sindiket.

“Dengan adanya pusat berkenaan, kita mampu meningkatkan rondaan pengawasan di pusat sempadan sekali gus menjalinkan hubungan rapat bersama pihak polis daerah dan masyarakat setempat bagi membendung kegiatan penyeludupan manusia,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 27 Mac 2021

Suara Sarawak