ARTIKEL

Enam Ringgit di Bawah Kerusi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KARYA:SITI NUR HIDAYAH ABDULLAH

JALAN MATANG

KUCHING, SARAWAK

SUDAH lebih 40 tahun peristiwa itu berlaku.

Namun ingatan itu masih terasa mekar dalam nubarinya.

Dan setiap kali dia memandang kerusi tua di tengah-tengah rumah, ingatan itu datang lagi dan lagi.

Dan sejak akhir-akhir ini pula, memori itu kian menggamit rasanya.

Apakah ada hajatnya yang belum tertunai?

Dia meraba-raba dalam hatinya sendiri.

Apabila memikirkan itu, dia jadi buntu oleh panggilan pengetahuannya sendiri.

Bukan dia tidak pernah menyuarakan kehendak hatinya sebelum ini.

Pernah, kepada isteri apatah lagi… kepada anak-anaknya pun begitu juga.

Sudah acap kali.

Jangan diletakkan duit itu di bawah kerusi.

Itu seakan-akan bukti dan tanda sokongan.

“Kasihan dia bang.

Dia bukannya betul sangat,” begitulah kata isterinya setiap kali dia menyuarakan pandangan.

Puas juga dia berfi kir menggunakan aras kognitif paling tinggi dalam dirinya.

Apakah kata kasihan itu berlarutan sehingga ke nafasnya yang terakhir.

“Bukan dia datang setiap hari, bang.

Sekali-sekala saja,” kata isterinya lagi.

Dia mencongak-congak sendiri.

Pada pengamatan dan hitung-hitung dalam sedarnya, kehadiran abang iparnya paling sedikit enam kali sebulan datang ke rumahnya.

Dan setiap kali kedatangannya, isterinya dengan sengaja meninggalkan duit sebanyak enam ringgit di bawah kerusi.

Pada mulanya, sebagai duit yang ditemui.

Namun lama-kelamaan seperti menjadi kebiasaan.

Datang sahaja, iparnya duduk di situ dan membongkar sofa yang kian lusuh, kadangkadang di angkat setinggitinggi.

Mungkin protes agaknya.

Cuma belum sahaja, kerusi itu dihempasnya.

“Sudah! Ini kali terakhir!” katanya keras.

Entah dari mana suatu hari dia mendapat kekuatan untuk menegah perbuatan isterinya.

Selepas itu dia diselubungi rasa bersalah.

“Kalau buat beli makanan, abang tidak kisah.

Tapi ini buat beli tuak.

Apa untungnya?” ujar dia menegakkan bukti larangan.

“Orang yang tidak waras begitu, manalah tahu baik buruknya,” jawab isterinya pula.

Dalam kusut fi kirnya dia memahami juga perasaan isterinya itu.

Orang itu ialah abang kandungnya.

Abang yang telah banyak berjasa kepada isteri dan adikberadik isterinya itu.

Akibat memperjuangkan kehidupan mereka adikberadik, selepas menjadi yatim piatu di usia muda, abang iparnya itu, bertindak pula membujang hingga sekarang.

Mungkin faktor itulah yang menyebabkan isterinya menjadi terlalu kasihan.

Tapi dengan meletakkan duit enam ringgit di bawah kerusi setiap kali kedatangannya, bukanlah sesuatu yang wajar.

Perbuatan minum tuak dan memabukkan tidak memberikan sebarang faedah.

“Begini sajalah, Leha.

Apa kata selepas ini letakkan saja barangan dapur di bawah kerusi itu.

Paling tidak pun beras sekilo dua, kopi, gula, garam dan barang keperluan lain.”

“Eh, abang ni.

Takkan nak diletakkan semua barang dapur tu di bawah kerusi.

Pelik sungguh,” jawab isterinya dengan kerutan di dahi.

“Biarlah pelik.

Aneh dan ajaib Leha… itu lebih baik daripada kita meracun jasadnya seumur hidup.

Setidaktidaknya kalau dia mati kelak, jasadnya tidak seksa kerana dek meminum tuak sepanjang masa,” tegasnya.

Dari hujung mata, akhirnya dia melihat isterinya mengangguk-angguk.

Sejak itulah kerusi itu menjadi nostalgia mencipta sejarah.

Enam ringgit di bawah kerusi, bertukar menjadi sekampit beras, kopi dan gula.

Paling bersyukur dia mampu mengubah pemikiran abang iparnya walaupun mereka berbeza kepercayaan.

LAIN-LAIN BERITA

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

Nukilan HAZIQ AHMAD ZAKI

Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah

Menjual kolera

CLAYTON ROBERT bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak.Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu,

Sanggar Puisi

MERSARAWAK 31 Julai 2023 Sadong Jaya, Sarawak Di muara kasih Aku masih di sini memintal buih di kuku senja menghapus bayangku sendiri kerana di sana

Lampu putih

KARYA: MARYAM MAZLAN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM “MAI, kaulah yang pandu kereta, aku pening sangat ini. Nak buka mata pun tak larat rasanya.” Telapak

Silau kemarau

ABANG MEDIAN ABANG SAID SMK MARUDI, BARAM Silau kemarau mengelupas panas tanah merekah lembah kering terpokah dedaun kekuningan bergulungan layu tupai berdecit berlompatan mencari buah

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah