Enam sekatan jalan raya di lima daerah di Sarawak

KUCHING: Hari ini terdapat enam sekatan jalan raya di lima buah daerah bersempena dengan Op Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1), kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan. 

Daripada enam sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 1,223 jumlah kenderaan telah diperiksa. 

Sementara itu, katanya pihak ATM telah melaporkan sebanyak empat tangkapan sejak 13 hingga 16 Julai 2020 di sempadan Malaysia /Indonesia (Tebedu, Serikin dan Serian). 

“Daripada 4 tangkapan tersebut, seramai 19 PATI telah ditangkap dan dihantar di Balai Polis berdekatan (Tebedu, Serian dan Bau) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Suara Sarawak