ARTIKEL

PENULIS bersama-sama Kartiki Gonsalves

Enam tahun Kartiki Gonsalves hasilkan dokumentari Oscar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ENAM tahun menukang sebuah dokumentari sudah pasti menjadi azab yang tidak tertanggung. Apatah lagi bagi mereka yang pertama kali melakukannya.

Namun keyakinan, kesabaran dan kesungguhan itu ternyata berbaloi bagi Kartiki Gonsalves, 37, apabila karya pertamanya itu bukan sahaja diterbitkan oleh Netflix bahkan dinobatkan sebagai pemenang kategori Best Documentary Short Subject dalam anugerah berprestij 95th Academy Awards, atau dikenali sebagai Oscar, yang berlangsung tahun lalu.

Wanita solo berusia 37 tahun ini mengakui, dokumentari Elephant Whisperers adalah rezeki yang terpijak baginya.

Ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini, anak kelahiran Pune Maharashtra, India ini tidak menyangka bahawa pengembala gajah bernama Bomman dan gajahnya yang bernama Raghu, yang ditemuinya di tepi jalan di sebuah perkampungan pada suatu hari telah menjadi satu kisah yang menarik.

Beliau kemudian menggunakan duit sendiri untuk merakam kisah penggembala dan gajah tersebut. Hanya di pertengahan penggambaran, beliau berjaya mendapatkan dana tajaan daripada Netflix – itu pun setelah menyakinkan Netflix Asia yang berpangkalan di Singapura, setelah permohonannya ditolak oleh Netflix India.

Elephant Whisperers atau nama asalnya, Sacred Bond menceritakan tentang kecekalan Bomman dan Bellie, sepasang suami isteri daripada etnik Kattunagaya di India Selatan yang menumpukan hidup mereka untuk menjaga seekor anak gajah yatim piatu bernama Raghu.

Raghu menjadi yatim piatu seawal tiga bulan setelah ibunya mati terjerat oleh pagar elektrik yang dipasang di kediaman penduduk di India.

Dalam kes-kes yang lain, kebanyakan anak gajah yang dibesarkan oleh pengembala, tidak akan panjang umur.

Baca lain  Bertoleransi tangani masalah rumah tangga

Namun ia berbeza dengan Bomman dan Bellie. Di Kem Gajah Theppakadu, dalam kawasan Rizab Harimau Mudumulai, Tamil Nadu, mereka menjaga anak gajah yang comel itu seolah-olah membesarkan anak mereka sendiri – penuh dengan perasaan kasih sayang.

Raghu dibesarkan dengan penuh disiplin, dimarah apabila nakal dan dirajuk ketika degil. Raghu menjadi ruang untuk bercerita, bergurau dan kadang-kadang dilontarkan perasaan cemburu.

Raghu kemudian menjadi semakin dewasa sebelum seekor lagi anak gajah, Ammu diberikan kepada Bellie untuk dibesarkan. Ia menimbulkan emosi dan cemburu kepada Raghu sebelum keduaduanya kemudian menjadi rapat.

Plot dokumentari ini menjadi lebih menarik apabila Bomman kemudian, mengahwini Bellie (sebelumnya kedua-duanya hanya berkawan) dan kedua-dua gajah ini terlibat dalam upacara perkahwinan itu.

Plot berubah apabila secara tibatiba arahan diberikan oleh pihak berkuasa agar Raghu diberikan kepada penjaga lain.

Ini menjadikan emosi kedua-dua pasangan ini terganggu, kerana diceraikan daripada anak yang dibesarkan lebih enam tahun.

Kisah enam tahun itu dipadatkan dengan cukup menarik dalam tempoh 39.5 minit, lengkap dengan sinematografi yang indah serta berjaya menggambarkan jalinan yang indah antara manusia dengan haiwan.

Justeru kredit perlu diberikan kepada Kartiki dan pasukannya yang jelas memberikan sentuhan terbaik dari sudut penceritaan atau storytelling, sehingga menyebabkan paparan dokumentari ini tidak membosankan, malah menjentik emosi setiap saat bagi yang menontonnya.

Akui Kartiki, beliau pada asalnya hanya mahu bermesra dengan gajah tersebut.

“Saya bertemu Raghu ketika dia berusia tiga bulan.

Baca lain  2.4 juta penganggur jadi usahawan?

Saya menghabiskan kira-kira setahun setengah bersamanya ketika dia masih kecil sebelum keputusan menjadikannya dokumentari.”

Ketika itu katanya, Raghu sudah tidak takut untuk bermain bersamanya, malah sudah bijak bereaksi dengan kamera, termasuk bermain bola yang dihadiahkannya.

Selebihnya beliau menyiap jalan cerita, menggunakan khidmat jurukamera profesional yang pernah merakam haiwan liar serta melantik penyunting yang dapat menyelami apa yang dikehendakinya.

“Memilih penyunting yang tepat adalah perlu kerana kita perlu menyaring puluhan ribu futej dan kadangkala terpaksa membuang futej yang kita sayang, kerana ia tidak sesuai dan padan dengan jalan cerita.

Kartiki melakukan itu dengan penuh dedikasi.”

Dedah Kartiki lagi, biarpun tinggal kurang 30 minit perjalanan dari Kem Gajah Theppakadu, mereka berhadapan dengan masalah bahasa. Ini kerana beliau dan rakan-rakan tidak memahami bahasa Kattunagaya yang dipertutur suami isteri itu.

Sebaliknya, mereka menggunakan jurubahasa dan setiap futej yang mengandungi suara kedua-duanya telah dialih bahasa.

Dan keseluruhan dokumentari ini menggunakan suara asli kedua-duanya, dalam menggerakkan naratifnya.

Bekas penuntut Kolej Sains Dr G R Damodaran di Coimbatore dan lulus pada tahun 2007, sebelum meneruskan pengajiannya dalam bidang fotografi di Light & Life Academy, Ooty itu menceritakan lagi, beliau hampir berputus asa apabila pihak Netflix menolak penceritaan yang dicadangkannya.

“Saya telah hantar surat peletakan jawatan sebagai pengarah kerana penat bersoal jawab dengan pihak penerbit.

Namun mereka tidak membalas, sebaliknya keputusan dibuat agar filem dokumentari itu dipendekkan kepada 40 minit bagi membolehkan ia dipertandingkan.

Baca lain  Hati yang tenang

Kerana itu katanya, beliau hampir tidak percaya filem itu akhirnya berjaya dicalonkan sehingga ke peringkat Academy Award.

Yang pasti, usaha gigih tanpa jemu anak gadis Timothy A. Gonsalves dan Priscilla Tapley Gonsalves, yang berasal dari Binghamton, New York ini berbaloi.

Biar hanya bergelar jurugambar, termasuk menjadi salah seorang wanita pertama sebagai artis perakam imej Sony Alpha di India, yang dikaitkan dengan jenama seperti Peak Design, Swarovski Optik Nature Explorer 2021, beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pengarah dokumentari bertaraf dunia.

Namun hari ini segala-galanya telah berubah. Kartiki membuktikan bahawa kesungguhan, pengorbanan serta keyakinan adalah segalagalanya.

Beliau bekerja keras dan menitiskan keringat serta air mata untuk menghasilkan kisah real 40 minit ini, dan ternyata ia telah memberikan beliau dunia dan Elephant Whisperer menjadi fenomena yang luar biasa, terutama kepada kanak-kanak dan pencinta haiwan di seluruh dunia.

Penggiat filem dokumentari Malaysia harus mempelajari semangat dan dedikasi yang ditunjukkan Kartiki.

Membina naratif, meresepikan cerita, perlu pada tahap yang super kreatif, ikhlas dan berdedikasi tinggi.

Wang bukan segala-galanya dan hanya dengan itulah, akan terbit mahakarya sehebat ini.

Hasil semaiannya ini, kini Kartiki menjadi buruan penerbit dan stesen.

Dan kini bajet besar menantinya untuk menghasilkan satu lagi buah tangan, yang khabarnya berkisar haiwan yang pupus di laut.

• Rudi Affendi Khalik merupakan penulis, wartawan dan penerbit di syarikat penerbitan tv dan kandungan media Sarawak.

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU