ARTIKEL

SAMAN… Lelaki warga emas disaman berikutan menghalang laluan ambulans di Jalan Tanjung Kidurong. Photo IPD Bintulu.

Enggan beri laluan ambulans, warga emas alami masalah pendengaran disaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pemandu kereta Toyota Vios merah yang rakamannya tular di media sosial kerana menghalang laluan ambulans di Jalan Tanjung Kidurong pada Selasa lalu, telah dikenakan saman akibat kesalahan tersebut.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, lelaki warga emas berusia 74 tahun terbabit diambil tindakan di bawah Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans.

“Difahamkan pemandu tersebut ada mengalami masalah pendengaran dan alat pembantu pendengarannya tidak berfungsi dengan baik pada masa kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Nixon, kejadian itu dikatakan berlaku pada 30 Januari 2024 di Jalan Tanjung Kidurong sekitar jam 4.42 petang.

Susulan kejadian itu katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bintulu telah mengambil tindakan mengesan pemandu tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Semua lalu lintas hendaklah memberikan laluan apabila ada siren amaran daripada kenderaan ambulans, polis dan bomba,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi 44 saat yang menunjukkan sebuah kereta menghalang laluan ambulans meskipun siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian.

Malah arahan amaran turut dikeluarkan petugas kesihatan, namun pemandu tersebut dilihat enggan mengubah lorong dan memberi laluan.

HALANG LALUAN… Tangkap layar kereta jenis Toyota Vios menghalang laluan ambulans di Tanjung Kidurong pada Selasa.

BERITA LAIN

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU