ARTIKEL

Suspek kedua semasa ditangkap

Enggan beri pinjam wang punca wanita di Sibu, ditikam enam kali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Enggan meminjamkan wang kepada suspek adalah motif kes pembunuhan seorang wanita yang berlaku di Sibu Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam sidang media di sini hari ini berkata, rentetan itu seorang lagi suspek lelaki telah ditahan pada jam 9.30 pagi di Sibu Jaya berumur 27 tahun.

“Hasil daripada siasatan awal polis, motif kejadian adalah disebabkan suspek kedua ini yang juga dikenali mangsa hendak meminjan wang daripada mangsa dan tidak diberikan hingga menyebabkan kejadian ini berlaku,” katanya.

Zulkipli semasa sidang media tersebut

Terdahulu, pihak polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 28 tahun dalam tangkapan pertama pada malam Jumaat jam 9.30 malam.

Jelas beliau, kedua-dua suspek merupakan lelaki tempatan dan saling mengenali dengan mangsa yang juga warga tempatan kini telah direman selama tujuh untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu ujarnya, hasil siasatan mendapati badan mangsa mempunyai sebanyak enam kesan tikaman dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.34 malam Jumaat di Hospital Sibu.

Baca lain  Bayar elaun khas ikut senarai baharu

Beliau juga berkata, pihak polis turut merampas sebilah pisau dan pakaian yang digunakan oleh suspek kedua semasa kejadian.

Dengan tangkapan yang dibuat, tegasnya, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes ini dalam masa kurang dari 24 jam dan  disiasat secara profesional dan memastikan pesalah akan dibawa ke muka pengadilan.

Sementara itu, Zulkipli berkata, suspek pertama tidak mempunyai rekod jenayah, manakala suspek kedua mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

“Sebarang maklumat yang hendak disalurkan bagi membantu siasatan, bolehlah menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes ASP Mingat Bakil di talian 019-8867978,” katanya.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang