ARTIKEL

Enggan keluarkan visa, AS didakwa salah guna status tuan rumah APEC – Duta Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Amerika Syarikat secara terang-terangan mencabuli status negara tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), apabila gagal mengeluarkan visa kepada beberapa kementerian dan jabatan Rusia, kata Duta Besar Rusia ke Amerika Syarikat Anatoly Antonov.

“Dalam konteks kerjasama melalui APEC, gambarannya sangat negatif.

Kami menegaskan tindakan Washington sebagai pengerusi semasa platform multilateral berwibawa ini tidak boleh diterima sama sekali,” kata Antonov pada Isnin, lapor Sputnik.

Di samping mempolitikkan perbincangan dengan membawa topik bukan teras ke dalam agenda, Amerika Syarikat sekali lagi menyalahgunakan status tuan rumah.

Penyertaan Rusia didiskriminasikan.

Visa kemasukan tidak dikeluarkan kepada wakil beberapa kementerian dan jabatan sekali gus.”

Sementara itu, Antonov berkata terdapat semakin banyak kes Rusia yang ditolak kaitannya ke dalam mesyuarat utama melalui pautan video. – BERNAMA

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU