Engkalak melambak di Mukah dan Dalat

DALAT: Buah tropika bermusim yang dikenali sebagai engkalak atau ‘tabuluih’ dalam kalangan penduduk tempatan muncul lagi di Dalat dan Mukah.

Rasa lemak manis menjadikan ia popular untuk dijadikan lauk tambahan bersama hidangan tengah hari atau malam.

Malah ada yang makan dengan begitu sahaja, pada bila-bila masa. Buah yang masak biasanya diperam dalam air sederhana panas sekitar 15 hingga 30 minit.

Ia biasanya dimakan dengan garam, kicap atau gula bersama sagu atau nasi.

Malah ada yang makan dengan begitu sahaja tanpa memeram dalam air panas. Ia dijual di Pasar Tamu Mukah dan Dalat.

Menurut seorang penanam engkalak di Dalat, Sephanie Suzi memberitahu semua sepuluh pokok di kebunnya, di Sungai

Ud Dapat berbuah tahun ini. “Seminggu yang lepas saya dan suami mengutip buah sebanyak 100 kilogram.

“Ia dijual pada harga RM20 hingga RM26 sebakat (bakul berbentuk raga)… ia dijual di Dalat dan Mukah,” kata Sephanie.

Katanya, buah engkalak masak berwarna merah jambu dan enak dimakan dengan sagu.

Suara Sarawak