ARTIKEL

Johnical berucap pada perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini. | GHAZALI BUJANG

Engkelili perlu dinaik taraf sebagai daerah penuh, Skrang dijadikan daerah kecil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Kecil Engkelili perlu dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh sementara kawasan Skrang yang baharu dijadikan daerah kecil.

Adun Engkelili Dr Johnical Rayong Ngipa menggesa kedua-dua kawasan itu dinaik taraf sambil menambah permohonan itu dicadangkan sejak 2018.

Sehubungan itu, beliau mengulangi permohonannya itu sebelum ini dan tidak akan jemu berbuat sedemikian selagi ia belum tercapai.

“Dengan kedudukan geografinya yang sukar dihubungi, amatlah sukar untuk membangunkan kawasan ini jika ia masih berstatus sebagai sebuah daerah kecil,” katanya.

Beliau berkata, amat besar harapan beliau dan rakyat di DUN Engkelili agar kerajaan mempertimbangkan permohonan ini seperti yang diluluskan di kawasan daerah kecil yang lain di dalam Sarawak.

Di samping itu, Johnical mencadangkan agar Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah menjadikan kawasan Senama, Skrang Skim sebagai jelapang tanaman padi.

Katanya, kawasan tersebut merupakan tempat menanam pada lebih 50 tahun yang lalu.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu