ARTIKEL

England calon juara?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALAN awal Euro 2024 memilih England sebagai juara, Perancis naib juara dan tuan rumah, Jerman ketiga.

Namun berdasarkan persembahan aksi pertama peringkat kumpulan awal pagi Isnin lalu memperlihatkan belum ada ciri-ciri juara dalam kem England.

Kemenangan 1-0 ke atas Serbia masih kurang meyakinkan terhadap skuad bernilai RM7.71 bilion itu.

Hanya penjaring, bintang Real Madrid, Jude Bellingham yang diangkat sebagai pemain paling menyerlah.

Yang lain sekadar pemain ‘biasa biasa’ sahaja.

Ia bermakna masih ada ruang buat England tampil menyerlah, sekurang-kurangnya melayakkan mereka ke pusingan kedua.

Dengan barisan pemain yang berorientasikan ramai bakat menyerang, England sewajarnya tidak menghadapi banyak masalah untuk menjuarai Kumpulan C.

Mungkin hanya Denmark yang boleh menghalang mereka, berbanding Slovenia.

Adakah ia petunjuk yang boleh dipercayai untuk menilai kekuatan sesebuah pasukan, terutama yang berstatus lima bintang?

Atau sekadar permulaan yang bakal disusuli prestasi yang lebih baik selepas ini.

Menurut pemerhati, biasanya, sesebuah pasukan berpotensi juara akan meningkat dari perlawanan ke perlawanan seterusnya.

England tidak pernah juara sejak Euro diperkenal pada 1960.

Pencapaian terbaik mereka cuma final pada 2020, tewas penalti kepada Itali setelah terikat 1-1.

Ia jauh berbeza dengan pencapaian Sepanyol dan Jerman Barat yang menjuarainya tiga kali.

Manakala Perancis dan Itali pernah juara dua kali.

Belanda dan Portugal pula juara sekali.

Ia bermakna tekanan lebih hebat dirasai England yang semakin terdesak memburu juara.

Malah mereka juga telah ‘ditinggalkan’ pasukan kurang ternama, Denmark yang muncul juara pada 1992, ketika tampil sebagai pasukan jemputan.

Greece pula meraih trofi pada 2004. Bagi Southgate inilah peluang terakhir untuk meraih pengiktirafan tertinggi setelah bergelar naib juara Euro 2020.

“Staf kejurulatihan cukup yakin dengan skuad kali ini yang amat seimbang dari segi posisi, usia dan pengalaman.

Inilah peluang kami dan bagi saya tiada lagi peluang selepas Euro 2024,” ujar Southgate.

Yang pasti, Southgate harus menyusun semula strategi lebih berkesan dalam aksi kedua menentang Denmark tengah malam ini.

Kemenangan bakal menjamin tempat ke pusingan selanjutnya.

Penyerang utama, Harry Kane perlu lebih menyengat, di samping mengerah segala pengalaman dan kelebihan.

Oleh itu, Euro edisi ke-17 ini cukup penting buat England untuk menghapus badi kegagalan sejak selepas menjuarai Piala Dunia 1966.

Bagi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, 39, pula, Euro 2024 mempunyai nilai tersendiri, selaku pemain terbanyak (6 kali) menyertai Euro, sejak kali pertama pada 2004 hingga 2024.

Dengan rekod jaringan sudah pun tersimpan rapi di dalam almari, Ronaldo mahu menambah baik, selaku pemain terunggul dalam sejarah Euro, sekali gus mengatasi nama-nama besar seperti Michel Platini, Marco van Basten, Ruud Gullit, Andres Iniesta dan Peter Schmeichel.

Kehadiran Ronaldo ke Jerman bukan sekadar penyeri kejohanan, tetapi juga sebagai ikon dan inspirasi generasi pemain baharu.

Sebagai bintang yang telah mengukir nama selama lebih dua dekad, beliau tidak akan berhenti begitu sahaja, tanpa mengecapi satu lagi detik bersejarah.

Hakikatnya Ronaldo tetap penting bagi Portugal untuk meraih gelaran kedua, selepas 2016. Bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho menjelaskan bahawa, Ronaldo cukup bernilai bagi Portugal.

“Pemain seperti Ronaldo tidak akan berhenti memberi sumbangan, kerana dia adalah pemenang yang sentiasa dahagakan jaringan dan gelaran,” ujar Mourinho.

Mengambil kira keadaan fizikal dan tahap kecergasan bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu dilihat masih mampu beraksi di peringkat tertinggi untuk tempoh setahun dua lagi.

Mungkin agak perlahan dari segi pecutan, tetapi belum mengecut dari segi kekuatan.

Bagaimana pula dengan peluang dan harapan satu lagi pasukan pilihan, Perancis?

Mereka pasti tidak rela beraksi tanpa kelibat ayam tambatan, Kylian Mbappe yang patah hidung ketika membenam Austria 1-0 pada aksi pertama Kumpulan D.

Mungkin beliau tidak beraksi menentang Belanda awal pagi Sabtu ini, perlawanan penting yang bakal menentukan juara kumpulan.

Yang pasti bintang baharu Real Madrid itu akan bermain dengan menggunakan pelindung muka selepas ini.

Ia tentunya menjejaskan prestasi dan psikologi bekas anak emas PSG itu.

Beliau tidak akan berani berebut bola di udara dan tidak akan berani bertempur satu lawan satu.

Oleh itu, Didier Deschamps perlu memikirkan pelan B, sebagai langkah berjaga-jaga, ‘hidup tanpa Mbappe’ selepas ini.

Sementara itu, Jerman kelihatan memberi amaran awal, sebagai antara calon juara.

Kemenangan besar ke atas Scotland memberikan signal betapa mereka teringin sangat untuk membuktikan setelah gagal menyerlah dalam Piala Dunia 2022.

Sebagai nama besar dalam sejarah bola sepak dunia, mereka tidak akan membiarkan peluang kesempatan beraksi di gelanggang sendiri berlalu pergi begitu sahaja.

Julian Nagelsmann mahu mengembalikan era gemilang bola sepak Jerman.

Realitinya jangan lupa Sepanyol, Itali dan Belanda… mereka juga mahu juara.

Atau mungkinkah Euro 2024 berakhir dengan keputusan luar jangka sebagaimana Euro 1992 dan 2004.

BERITA LAIN

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

Jutawan 60 tahun

PENGARAH Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Wilayah Sarawak Aminuddin Abdul Aziz mendedahkan kepada Suara Sarawak — di Sarawak sekitar 1,700 daripada 850,000 pencarum daripada pelbagai

Di sebalik tabir Euro 2024

PENYOKONG fanatik England, Gordon Thomas, 39, ditangkap di Lapangan Terbang Manchester pada petang 18 Jun lalu, di bawah Akta Penonton Bola Sepak 1989 selepas kembali

BERITA TERBARU