ARTIKEL

Enjin dan tangki simpanan minyak diesel terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Anggota bomba memadam api yang memusnahkan seunit enjin jana kuasa dan tangki simpanan minyak diesel di LPB Jalan Bintulu-Miri, petang semalam.

BINTULU: Seunit enjin jana kuasa dan tangki simpanan minyak diesel di bahagian bawah sebuah menara telekomunikasi yang terletak di Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Jalan Bintulu-Miri musnah dalam kebakaran petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak , kebakaran itu memusnahkan 90 peratus komponen penjana dan 60 peratus tangki minyak diesel dalam kejadian 4.58 petang itu.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Samalaju bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Setibanya di lokasi, didapati api marak dan merosakkan generator serta tangki minyak. Mereka bertindak segera memadamkan kebakaran menggunakan tong alat pemadam api jenis buih dan air daripada jentera bomba sehingga api berjaya dikawal,” katanya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan daripada kebakaran itu.

Selepas api berjaya dipadamkan, pihak bomba memastikan tiada kemalangan berulang dan meninggalkan tempat kejadian.

 

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU