Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

EnterSarawak dilonggarkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Aplikasyen EnterSarawak ulih diambi ari Playstore.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan agar pengembara (warganegara Malaysia) yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari tidak perlu mengisi borang EnterSarawak mulai 14 Januari ini.

Bagaimanapun, katanya borang Pengisytiharan Kesihatan (E-Health Declaration Form) masih wajib diisi.

Selain itu, JPBNS berkata individu bukan warganegara Malaysia yang telah berada di Malaysia lebih daripada 14 hari juga tidak perlu mengisi borang EnterSarawak.

“Tetapi borang Pengisytiharan Kesihatan (E-Health Declaration Form) masih wajib diisi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS menambah syarat lain seperti lengkap vaksinasi Covid-19 masih diperlukan dan akan diperiksa semasa berada di lapangan terbang.

Sementara, JPBNS berkata Sarawak kekal merekodkan kes positif harian Covid-19 yang rendah hari ini dengan 23 kes.

Katanya hanya 23 kes melibatkan Kategori 1 dan 2.

“Daerah Samarahan dan Betong merekodkan enam kes positif harian, Kuching dan Limbang (4) manakala Sibu, Miri dan Mukah (1),” katanya.

Pada masa sama, tiada kes kematian direkodkan di Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk