‘Enti enda bulak, enda menang’ bukan dasar kerajaan GPS

KUCHING: ‘Enti enda bulak, enda menang’ bukan dasar kerajaan GPS.

Tetapi sebaliknya ikhlas mengangkat martabat Sarawak, tegas Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya lagi, Sarawak tidak akan keluar daripada Persekutuan Malaysia namun akan terus mempertahankan hak-haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau mengharapkan rakyat di negeri ini akan terus merapatkan tali silaturahim serta terus berjuang demi masa depan Sarawak.