ARTIKEL

Rombongan dari Singapura mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi, semalam.

Erat kerjasama strategik antara pelabur Singapura dengan Kerajaan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sarawak, Timothy Ong, bersama wakil Singaporean Institutional Investors telah melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi, di pejabatnya semalam.

Kunjungan bertujuan berbincang dan mengukuhkan kerjasama strategik antara Kerajaan Sarawak dengan wakil pelabur dari Singapura, terutamanya dalam konteks utiliti dan telekomunikasi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Jafri Lias, Ketua Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu, LAKU Management Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd dan pegawai kanan kementerian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU