Trending

Erdogan bertemu Elon Musk di New York

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Foto: Sinar Harian

NEW YORK: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk di New York City pada Ahad, menjemputnya ke Turkiye dan memintanya membuka kilang ketujuh Tesla di sana, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam pertemuan yang berlangsung di Turkish House (juga dikenali sebagai Turkevi Center) di Manhattan, Erdogan memaklumkan kepada Musk, pengasas Tesla dan SpaceX, mengenai kejayaan teknologi Turkiye serta visi ‘Turkiye Digital’ dan Strategi Kecerdasan Buatan Kebangsaan,” menurut Direktorat Komunikasi Turkiye dalam satu kenyataan.

Susulan kereta elektrik Turkiye, Togg, yang sudah berada atas jalan raya di Turkiye dan Tesla memasuki pasaran negara itu, Erdogan menggesa Tesla supaya menubuhkan kilang ketujuhnya di Turkiye, kata kenyataan itu.

“Presiden Erdogan berkata peluang untuk bekerjasama dengan SpaceX mungkin muncul melalui usaha yang dilakukan dan akan dibuat yang merupakan sebahagian daripada program angkasa Turkiye, dan menjemput Musk ke Teknofest yang akan berlangsung di İzmir,” katanya.

— BERNAMA-ANADOLU

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Konvokesyen Ikmas Ke-19

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada 64 graduan Ikmas yang terdiri daripada