ARTIKEL

Erdogan gesa hentikan tindakan serang Masjid Al-Aqsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Serbuan polis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki satu tindakan yang “tidak boleh diterima” sama sekali, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu

Beliau turut menggesa Israel untuk menghentikan tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.

“Pencerobohan dan ancaman terhadap kesucian dan kepentingan sejarah Masjid Al-Aqsa serta kebebasan beragama dan hidup rakyat Palestin mesti dihentikan,” kata Erdogan dalam wawancara televisyen, lapor Agensi Anadolu. 

Kenyataannya itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin memuncak selepas polis Israel menahan kira-kira 350 jemaah di kompleks Masjid Al-Aqsa.

“Kami akan terus berdiri teguh di sisi saudara Palestin kami dalam apa jua keadaan dan untuk melindungi nilai-nilai suci kami. Israel juga harus sedar perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Anadolu melaporkan bahawa Kementerian Luar Rusia turut menyuarakan kebimbangan dengan situasi di Masjid Al-Aqsa dan menyifatkan apa yang berlaku di Baitulmaqdis umpama “memusuhi semua agama di dunia.”

Moscow turut menggesa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres untuk memberi perhatian yang teliti kepada penempatan Israel-Palestin, menggesa untuk mencari punca kepada tercetusnya keganasan baharu di Palestin dan merangka cadangan bagi memulihkan kestabilan.

— BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC