MENERUSI laman Instagram, penyanyi Ernie Zakri mengakui teruja apabila impiannya ingin menonton konsert Beyonce Knowles akhirnya menjadi kenyataan.
Erni atau nama sebenarnya Nur Erni Shahirah Zakri terbang ke London ditemani suaminya bagi menghadiri Beyonce Renaissance World Tour di Stadium Tottenham Hotspur, London.
“Ini impian saya… yang mana kenal saya, tahu la macam mana saya punya suka dengan Beyonce.
“Dulu selalu tanam hasrat nak pergi konsert Beyonce, tapi tarikh itu tak pernah terfikir,” katanya.