ARTIKEL

BERCAKAP....Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Eropah minta Sarawak kongsi cara pengendalian iklim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dijemput khas untuk berkongsi tentang cara dan usaha negeri dalam mengendalikan masalah iklim kepada dunia, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier berkata, ia antara fokus utama yang akan dibentangkan susulan keberangkatan delegasi Kerajaan Sarawak ke Eropah yang berpusat di Poland, hari ini.

“Saya dijemput oleh pihak negara eropah berpusat di Poland dan salah satu topik utamanya ialah kita berkongsi mengenai cara Sarawak mengendalikan iklim dan apa yang dibuat oleh kita di Sarawak telah dilihat oleh mereka, mereka memantau.

“Jadi sebab itulah saya telah dijemput untuk memberi pandangan khusus di negara-negara eropah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai lawatan Kerajaan Sarawak ke Eropah bermula hari ini ketika ditemui di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi di Taman Gaya, Petra Jaya, pada Khamis.

Menurutnya, kunci utama kejayaan Sarawak dalam mengendalikan keadaan cuaca adalah berdasarkan komitmen kerajaan itu sendiri.

Pada masa sama, beliau percaya jemputan itu bertujuan untuk pihak luar melihat perspektif Sarawak mengenai situasi iklim dunia pada masa kini, di samping usaha Sarawak mengenai inisiatif penangkapan karbon, penggunaan hidrogen dalam mempraktikkan tenaga bersih.

Abang Johari dilaporkan akan menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah dan Forum Dekarbonisasi Eropah Tengah yang dijadual berlangsung di Poznan, Poland bermula dari 24 hingga 25 April.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat Premier Sarawak sambil menambah Abang Johari akan berucap sebagai ahli panel forum semasa sesi bertajuk Debate Regions for the Planet yang akan berlangsung pada pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari waktu tempatan pada 24 April.

Beliau dilaporkan akan berada selama tiga hari di United Kingdom, dan pada Ahad beliau akan melawat Loji Janakuasa Drax di Selby, North Yorkshire yang menyediakan 11 peratus daripada keperluan tenaga boleh diperbaharui UK dengan menggunakan biojisim dalam bentuk pelet dengan kapasiti penjanaan 3,960 megawatt.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA