ARTIKEL

ERT kurangkan kes pecah rumah musim perayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan kerjasama dengan agensi lain melalui pendekatan Emergency Response Team (ERT) dalam usaha mengurangkan kes jenayah pecah rumah dan kadar kemalangan jalan raya
pada musim perayaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontijen Sarawak, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Mohammed Hasbullah Ali berkata, Op Selamat diadakan bukan sahaja untuk menjamin keselamatan di jalan raya tetapi turut dijalankan terhadap orang awam yang menggunakan sungai dan laut di seluruh negeri ini.

“Op Selamat 15 ini diadakan sempena sambutan perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang berkuat kuasa secara serentak di seluruh negara hari ini (semalam) untuk memberi kesedaran kepada pengguna supaya mengamalkan nilai murni dengan mengutamakan aspek keselamatan semasa memandu.

“Ia juga untuk memastikan keselamatan harta benda, premis dan rumah kediaman ditinggalkan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dari sebarang pelakuan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Op Selamat 15 Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 yang akan berkuat kuasa pada 29 Mei hingga 12 Jun nanti, di Kubah Ria semalam.

Tambahnya, masyarakat perlu memastikan semua langkah keselamatan sudah dilakukan sebelum meninggalkan rumah pada musim perayaan nanti bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Untuk pengguna jalan raya menggunakan kenderaan persendirian, saya berharap agar mereka boleh memastikan berada dalam keadaan yang benar-benar baik sebelum memulakan perjalanan.

“Saya menggesa semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamal dan menghayati prinsip ‘Pandu Cermat Jiwa Selamat’ kerana moto ini bukan sahaja menuntut kita mempraktik kaedah pemanduan berhemah tetapi mampu membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya,” ujarnya.

Untuk memastikan keadaan rumah selamat orang ramai boleh meninggalkan maklumat dengan jiran tetangga atau boleh mengisi borang pemakluman kepada polis melalui Borang Maklumat Balik Kampung yang berada di Balai Polis berdekatan dan memuat turun di Portal Rami PDRM.

Jika terdapat sebarang aduan berkaitan jenayah, orang ramai boleh membuat aduan dengan meyalurkan maklumat Apps Store dan Window Store.

Hadir bersama-sama ialah kepada pihak polis melalui sistem ‘Mers 999’ dan boleh memaklumkan kepada aplikasi Volunteer
Smartphone Petrol (VSP).

Katanya, aplikasi VSP tersebut boleh dimuat turun secara percuma melalui Google play atau Ketua Jabatan Siasatan
dan Penguatkuasaan Traffik PDRM Kontijen Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jalan Raya Negeri Sarawak Christopher Alex Boniface Barau, Pengurus Kubah Ria Satok serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira