ARTIKEL

PILIHAN JUARA... Barisan pemain BNG FC.

Esok penentu juara Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ASAJAYA: Perlawan perebutan juara Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024 yang melibatkan empat pasukan dijangka berlangsung sengit esok.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak menegaskan, untuk perlawanan peringkat separuh akhir melibatkan empat pasukan akan bermula pada sebelah pagi.

Menurut Muhtalip, empat pasukan terbabit dibarisi ramai pemain berpengalaman dan pernah menyarung jersi skuad negeri termasuk kelab-kelab handalan.

“Manakala dua pasukan yang menang dalam perlawanan yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya itu akan layak ke final pada sebelah petang,” kata Muhtalip.

Pasukan Kaslo FC akan menentang BNG FC pada jam 8 pagi esok. Disusuli perlawanan antara Kastom FC dan Vet Cops jam 9 pagi.

Hanya kemenangan berjaya melayakkan dua calon terbaik ke pentas final yang dijadual berlangsung pukul 2 petang esok.

BERITA LAIN

Darwin Nunez ‘hilang arah’ di Liverpool

KEUPAYAAN penyerang Liverpool, Darwin Nunez, selalu dibahaskan di Anfield tetapi beliau sering bejaya menghasilkan jaringan bagi kelab Merseyside itu. Ketika membahaskan kekalahan 3-0 Liverpool di

Pecahkan dominasi JDT musim ini – Azman Adnan

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan, meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang musim baharu

BERITA TERBARU