NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Ethiopian Airlines sambung semula laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar sekadar hiasan

SEPANG: Ethiopian Airlines (ET) menyambung semula penerbangannya untuk laluan Kuala Lumpur-Addis Ababa bermula semalam dengan menyediakan empat penerbangan seminggu selepas menghentikan operasinya pada 2021 akibat pandemik Covid-19.

Pengarah Urusan Ethiopian International Services (EIS), Mesfin Biru berkata ET teruja untuk menyambung semula penerbangannya ke Kuala Lumpur selepas menggantungkannya selama dua tahun.

EIS ialah salah satu daripada tujuh pusat perniagaan untuk Ethiopian Airlines.

Beliau berkata ET memulakan penerbangan antara Addis Ababa dengan Kuala Lumpur menerusi perkhidmatan tiga kali seminggu pada tahun 2012, bagaimanapun penerbangan itu digantung pada 2021 berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik.

“Penyambungan semula penerbangan itu membuka semula pilihan perjalanan yang mudah dan lancar antara Kuala Lumpur dengan lebih 60 destinasi di Afrika.

Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan untuk pengembara perniagaan dan percutian.

“Penerbangan ini juga merupakan salah satu saluran yang mengeratkan hubungan diplomatik dan sosioekonomi antara Malaysia dengan Afrika, justeru penyambungan semula perkhidmatan ini memainkan peranan penting dalam hubungan antara kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita pada majlis menyambut ketibaan penumpang sempena penyambungan semula penerbangan Ethiopian Airlines ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini kelmarin.

Baca lain  Lapan teras strategik dirangka untuk mengemudi dan menghidupkan semula ekonomi negeri

Turut hadir Konsul Kehormat Ethiopia di Malaysia, Datuk Azmall Jamaluddin.

Pesawat B787 ET dari Addis Ababa yang membawa 190 penumpang itu disambut dengan tabik hormat meriam air ketika mendarat di Terminal 1 KLIA pada 5 petang.

Mesfin berkata ET yakin dengan potensi yang semakin meningkat antara negara-negara di Afrika dan Malaysia daripada segi pelancongan, perdagangan, aktiviti ekonomi serta pertukaran sosial dan budaya.

“Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang hebat dan Afrika mahu menjalinkan hubungan dengan Malaysia dalam aktiviti perdagangan, ekonomi, sosial dan pelancongan.

“Terdapat potensi yang semakin meningkat memandangkan kumpulan berpendapatan sederhana sedang berkembang pesat di Afrika,” katanya. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru