ARTIKEL

Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Hal Ehwal Korporat, Penerangan & Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol berucap pada Majlis Ramah Tamah UKAS Bersama Media & PROs 2024 di Kuching, hari ini.

Etika kewartawanan harus kawal wartawan warga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kod etika kewartawanan perlu ditetapkan terhadap wartawan warga atau wartawan tidak rasmi, bagi mengawal berita tidak sahih yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan perpaduan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier, Hal Ehwal Korporat, Penerangan & Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), Datuk Abdullah Saidol berkata ia memandangkan pada masa ini, begitu ramai wartawan warga yang muncul menerusi platform media sosial seperti Facebook dan TikTok.

“Saya berpendapat kod etika kewartawanan bukan sahaja terpakai oleh pengamal media sebenar tetapi juga harus mengawal wartawan warga supaya suasana kita tidak diganggu-gugat oleh berita yang boleh menimbulkan isu perkauman, kebencian dan fitnah yang melampau,” katanya.

Menjelas lanjut, beliau berkata kemunculan wartawan warga memberi cabaran kepada pengamal media sebenar, apabila begitu aktif dalam menyampaikan peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka menerusi media sosial.

Malah, katanya platform itu juga digunakan untuk golongan berkenaan menjadi pempengaruh dan sebagainya.

Bagaimanapun, Abdullah menyifatkan terdapat kandungan berita yang disampaikan itu menimbulkan prasangka dan sebagainya.

Justeru, beliau menegaskan cabaran itu perlu didepani dengan baik oleh pengamal media sebenar dengan terus menyampaikan berita secara penuh beretika dan berdasarkan fakta sebenar,” katanya.

Kod Etika Kewartawanan Malaysia versi baharu dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Februari lepas, yang mengandungi lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.

Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.

Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua