ARTIKEL

Euro 2024 Jun ini: Adakah RTM sedia saji tayangan langsung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan merujuk kepada Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkaitan perkembangan terkini berhubung hak penyiaran kejohanan bola sepak Eropah 2024 (Euro 2024) di stesen penyiaran awam itu. 

Beliau mengakui kejohanan berkenaan mempunyai pengikutnya tersendiri, namun penelitian secara mendalam perlu dilakukan terutama kerana ia bakal melibatkan kos yang tinggi. 

“Saya tidak ada maklumat terkini (mengenai status penyiaran Euro 2024) dan kena rujuk dengan Ketua Pengarah Penyiaran. 

“Kita kena teliti dari segi kos sebab kita tahu kos terlalu tinggi, jadi kena tengok sama ada telah diperuntukkan. Kalau telah diperuntukkan kita akan ambil tapi kalau luar daripada apa diperuntukkan itu akan jadi isu,” katanya selepas menghadiri Majlis Bersama Rakan Strategik Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Wisma Bernama hari ini.

Baru-baru ini sebuah portal media mendesak agar RTM membeli hak siaran kejohanan berprestij itu.

RTM sebelum ini menyajikan siaran secara langsung kejohanan seperti badminton, bola sepak dan beberapa sukan lain yang popular di Malaysia. 

Kejohanan Euro 2024 berlangsung 14 Jun hingga 14 Julai ini. 
Bernama

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri