ARTIKEL

Eversendai peroleh projek baharu bernilai RM188 juta di Arab Saudi, India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Eversendai Group mengumumkan bahawa anak syarikatnya di Arab Saudi dan India telah memperoleh projek baharu bernilai RM188 juta untuk kerja-kerja keluli struktur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata pasaran pembinaan di Arab Saudi menunjukkan pertumbuhan besar-besaran tahun ini dan projek-projek yang memberi hasil lumayan.

“Ia berasaskan kepada masyarakat, ekonomi yang berkembang maju dan negara yang beraspirasu tinggi. Mempelbagaikan ekonomi kerajaan adalah penting untuk kemampanannya selaras dengan ‘Wawasan 2030 Arab Saudi’, ini adalah visi Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud,” katanya.

Eversendai berkata pihaknya optimis dan meningkatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya bagi mendapatkan lebih banyak projek, projek keluli berstruktur itu sangat kompleks, sesuai dengan keupayaan teknikal kumpulan dan rekod prestasi cemerlang dalam melaksanakan projek di 18 negara serta mematuhi keselamatan, kualiti dan menyiapkan projek tepat pada masanya.

“Kami sedang dalam proses memuktamadkan projek berkenaan dengan rakan kongsi tempatan untuk menerajui pengembangan dan pertumbuhan Eversendai di Arab Saudi.

“Selain itu, syarikat dalam proses untuk menubuhkan kilang dengan kapasiti fabrikasi tahunan sebanyak 60,000 tan berdekatan Riyadh untuk menyokong keperluan keluli struktur yang besar,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai Corporation Bhd, Tan Sri A.K. Nathan.

Pada waktu rehat tengah hari, saham Eversendai tidak berubah pada 13.5 sen dengan 401,000 saham bertukar tangan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Jadikan Pesta Makanan Miri sebagai acara tahunan

MIRI: ADUN Senadin Datuk Seri Lee Kim Shin mencadangakan agar Pesta Makanan Miri 2024, dijadikan sebagai acara tahunan untuk mempamerkan kepelbagaian serta keunikan makanan tempatan.

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli