ARTIKEL

Fadillah mengetuai delegasi ke Nairobi pada 3 hingga 7 Julai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Nairobi, Kenya bagi memberi ucaptama dan merasmikan Forum Kelapa Sawit Malaysia – Wilayah Afrika Timur pada 3 hingga 7 Julai ini.

Forum diadakan untuk meneroka potensi pengembangan eksport minyak sawit di pasaran Afrika Timur, di samping memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Kenya dalam industri minyak sawit.

Semasa di Kenya, Fadillah dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian Kenya dan Menteri Perdagangan Kenya serta pemain industri sawit di sana.

Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam satu kenyataan media pada Sabtu memberitahu, mesyuarat diadakan bertujuan memperkukuhkan kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Kenya serta meneroka peluang perniagaan dalam sektor minyak sawit di negara berkenaan.

Lawatan ini dijangka akan menggalakkan kerjasama dan memberi peluang untuk meneroka potensi yang lebih luas bagi industri minyak sawit negara.

Timbalan Perdana Menteri juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di Kenya.

Forum Kelapa Sawit Malaysia – Wilayah Afrika Timur merupakan platform untuk mempamerkan kepakaran Malaysia dalam industri minyak sawit dan meneroka peluang kerjasama dengan negara-negara Afrika Timur.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri ini memberi fokus ke atas komitmen Malaysia dalam mempromosi pengeluaran minyak sawit mampan dan memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Kenya serta negara Afrika yang lain.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU