ARTIKEL

Fadillah tinjau KLIA, pantau proses kemasukan pelancong asing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini melakukan lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, bagi merasa sendiri pengalaman pelancong asing yang masuk ke negara ini.

Menerusi hantaran dI Facebook, beliau berkata hasil lawatan tersebut dijadikan panduan untuknya menghadiri Mesyuarat Kesesakan Pintu Antarabangsa yang berlangsung di Parlimen hari ini.

“Bermula di Bangunan Satelit KLIA, pagi ini saya menjadi sebahagian ‘penumpang’ yang baru mendarat sebelum berjalan ke kaunter imigresen Pintu Ketibaan Antarabangsa dan kemudian beratur bersama pelancong yang baru tiba untuk pengesahan pasport dengan tempoh menunggu kira-kira 10 minit.

“Pegawai kanan imigresen dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang bertanggungjawab menjaga urusan di KLIA memberitahu bahawa tempoh menunggu pada waktu puncak boleh mencecah 1 jam 30 minit atau dua jam,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, di luar waktu puncak, proses kemasukan pelancong ke Malaysia melalui pintu masuk negara di KLIA adalah kira-kira 30 minit.

Dalam hantaran itu, Fadillah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pegawai imigresen, MAHB dan Polis Diraja Malaysia yang membantu dan menerangkan proses perjalanan kemasukan pelancong kepadanya.

Baca lain  Semua program belia dan sukan ditangguhkan sehingga 30 April

Baru-baru ini, sebuah laman web menyenaraikan KLIA pada kedudukan kelapan sebagai lapangan terbang terburuk di Asia berdasarkan perkongsian pengalaman pengembara perniagaan.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh