ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Fadillah zahir takziah pemergian Tun Taib, kehilangan besar buat negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof turut menzahirkan dukacita dan kesedihan atas pemergian tokoh negarawan ulung, mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu dalam hantaran di Facebooknya berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan hanya untuk Sarawak, tetapi juga untuk Malaysia.

“Sedih dan dukacita atas perginya negarawan, Ayahanda Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar untuk negara kerana juga pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Persekutuan, sebelum kembali ke Sarawak sebagai Ketua Menteri selama hampir 33 tahun,” katanya, hari ini.

Terdahulu, beliau mengesahkan Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan jenazah akan dimandikan di Masjid Negara bagi penghormatan terakhir peringkat Semenanjung.

Sejurus selepas itu akan diterbangkan balik ke Kuching dan dijangka tiba sekitar jam 3.30 petang.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Demak sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya pada esok hari.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

Jong-Ho dikagumi

Persembahan memukau kumpulan K-Pop Ateez masih menjadi bualan warganet setelah mempersembahkan koreografi dinamik dan kreatif, baru-baru ini. Choi Jong-ho ialah ahli termuda yang berjaya menyemarakkan