Trending

Faedah perumahan lebih baik untuk rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) berhubung Deposit Perumahan dan Skim Bantuan Bayaran Balik (HDRAS).

Timbalan Menterinya, Datuk Micheal Tiang Ming Tee berkata kementeriannya membincangkan rayuan SHEDA agar HDRAS diperluaskan kepada semua projek pembangunan perumahan di negeri ini, demi manfaat kepada rakyat.

“Kami akan membuat perbincangan lebih lanjut dengan SHEDA untuk memberikan faedah perumahan lebih baik kepada rakyat Sarawak yang layak.

 “Langkah ini membolehkan rakyat Sarawak menikmati manfaat daripada inisiatif HDRAS yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Jerayawara Rumah dan Hartanah SHEDA Cawangan Kuching 2023, di pusat beli-belah Vivacity, di sini.

Mengulas lanjut, Micheal Tiang berkata usaha itu dijalankan supaya dapat memberikan manfaat kepada rakyat Sarawak terutamanya kumpulan B40 dan M40, agar mereka mampu memiliki rumah kediaman sendiri.

“Kerajaan Sarawak komited dalam membina komuniti bersama-sama dengan bekalan rumah mampu milik.

“Dengan bantuan SHEDA, kementerian saya bersedia untuk menyahut cabaran baharu dalam mencari dasar perumahan lebih inovatif.

“Ia bagi memenuhi permintaan untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik dengan model berpaksikan komuniti, bagi memastikan kehidupan bandar lebih baik dan inklusiviti sosial untuk rakyat Sarawak,” ujarnya.

 Turut hadir Presiden SHEDA, Augustine Wong; Timbalan Presiden SHEDA, Louis Ting dan Naib Presiden SHEDA Cawangan Kuching, Datuk Sim Kiang Chiok.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru