ARTIKEL

Fahmi adakan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri hari ini.

Turut sama dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj dan Ketua Biro Sarawak Hamdan Ismail.

Fahmi yang ditemui pemberita berkata kunjungan hormat itu diadakan bagi menjemput Wan Junaidi ke Majlis Makan Malam bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 pada Ahad.

“Kita hadir mempersembah jemputan ke jamuan makan malam bersempena dengan HAWANA 2024. Ini ialah tahun ketiga penganjuran HAWANA. Perbezaan tahun ini kita ada menambah beberapa program untuk melibatkan lebih ramai pelajar bersama rakan wartawan untuk mereka lebih mengenali bidang kewartawanan.


“Selain itu, kita juga ada acara forum untuk membincangkan cabaran hala tuju dan masa depan bagi bidang media dan kewartawanan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat berkenaan.


HAWANA 2024 yang berlangsung selama tiga hari di sini bermula esok, mengangkat tema “Etika Teras Kewartawanan Mapan”.


Pelbagai program dirangka antaranya Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa yang akan dirasmikan oleh Fahmi di Pustaka Negeri di sini pada sebelah pagi Sabtu, selain Pameran HAWANA 2024 di Atrium Utama Plaza Merdeka Shopping Centre selama tiga hari yang turut bermula Sabtu.


Sebanyak 20 reruai pameran pelbagai agensi akan mempamerkan perkhidmatan mereka, selain memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan pelbagai maklumat serta menyertai bermacam-macam aktiviti yang disediakan.


Turut mengisi HAWANA 2024 ialah Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 bertemakan “Evolusi Media dalam Era Digital” yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad dan akan dirasmikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Bagi mengenali keunikan budaya serta pembangunan terkini Bumi Kenyalang dengan lebih dekat, peserta HAWANA 2024 akan dibawa melawat lokasi ikonik di sekitar bandar raya ini, antaranya Muzium Budaya Borneo, Jambatan Darul Hana, dan Dataran Ibu Pertiwi menerusi program “Juh Raon” atau “jom bersiar-siar” dalam bahasa Melayu Sarawak, pada Ahad.


Pada Ahad juga, para peserta sambutan HAWANA 2024 akan diraikan dalam Majlis Makan Malam bersama Wan Junaidi.


HAWANA tahun ini ialah penganjuran edisi keempat selepas diperkenalkan di ibu negara pada 2018, Melaka (2022) serta Perak (2023), dan tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional bersempena dengan penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bertujuan meraikan sumbangan pengamal media.


Bernama

BERITA LAIN

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di