ARTIKEL

TIBA...Fahmi Fadzil (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Khamis malam.

Fahmi Fadzil tiba di Kuching untuk lawatan kerja rasmi empat hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tiba di Kuching pada malam tadi (24 Mei) untuk mengadakan lawatan kerja selama empat hari di Sarawak sempena sambutan Hari Wartawan Negara (HAWANA).

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) kira-kira jam 9.45 malam disambut oleh Pengarah Penerangan Sarawak, Helmy Hamid bersama-sama dengan ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi di Sarawak.

Rombongan Fahmi dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada jam 10 pagi di Astana Negeri.

Beliau seterusnya dijadual ke Majlis Menandatangani Perjanjian SMART600 Multi Operator Core Network (MOCN) pada jam 3 petang di Hikmah Exchange, Kuching.

Keesokan harinya, Fahmi dijadual hadir ke Jelajah HAWANA 2024 (Dialog Bersama Mahasiswa) pada jam 8.30 pagi di Pustaka Negeri Sarawak dan juga Majlis Perasmian Pameran HAWANA 2024 pada pukul 3 petang di Plaza Merdeka Mall, Kuching sebelum ke Pelancaran Gabungan Kelab Media Malaysia pada jam 8 malam.

Pada hari ketiga, beliau akan menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Media Sarawak 2024 yang akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan sesi perjumpaan Bersama Komuniti MADANI Sarawak pada jam 2.30 petang di King Laksa, Metrocity, Kuching sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Bersama TYT Sarawak pada jam 8 malam di salah sebuah hotel di sini.

Pada hari akhir lawatan kerjanya, Fahmi akan menghadiri ke Majlis Kemuncak HAWANA 2024 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 2.30 petang di Hotel Waterfront, Kuching sebelum berangkat balik ke ibu negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU