ARTIKEL

Fahmi harungi jadual padat dalam lawatan kerja ke Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jadual padat Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam lawatan kerja lima hari ke Sarawak bermula dengan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak pagi tadi.

Turut bersama beliau dalan kunjungan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj, dan Ketua Biro BERNAMA Sarawak, Hamdan Ismail.

Fahmi yang yang tiba di sini malam tadi, seterusnya membuat tinjauan di tapak pameran sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Plaza Merdeka di sini, sebelum beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid India Bandar Raya Kuching yang lebih dikenali sebagai Masjid Terapung di Tebingan Sungai Kuching.

Beliau kemudiannya menyantuni pegawai dan anggota jabatan dan agensi kementeriannya yang berkhidmat di Sarawak dalam satu majlis jamuan makan tengah hari di Kompleks Islam Sarawak, sebelum menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian SMART600 Multi Operator Core Network (MOCN) yang turut dihadiri oleh Menteri Utiliti  dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi di Hikmah Exchange.

Pada sebelah malamnya, beliau menghadiri sesi temu ramah khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Radio Television Malaysia (RTM) dan TV Sarawak (TVS).

Pagi esok pula, beliau dijadual menghadiri sesi dialog bersama mahasiswa dalam program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa anjuran bersama BERNAMA dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Pustaka Negeri Sarawak.

Program Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa yang julung kali diadakan ini akan melibatkan kira-kira 300 orang pelajar dan akan turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Pada sebelah petangnya pula, Fahmi akan merasmikan Pameran HAWANA 2024 yang melibatkan 20 pempamer yang antaranya terdiri daripada organisasi media dari dalam dan luar Sarawak. 

Untuk program pada Ahad, beliau akan menghadiri Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 sempena HAWANA 2024 yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selain menghadiri jamuan malam bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak sempena penganjuran SMeC.

Pada hari yang sama, beliau akan mengadakan sesi perjumpaan dengan Komuniti MADANI Sarawak dan wakil dari Reporters Without Borders.

Pada Isnin ini, beliau akan mengadakan perjumpaan bersama pembekal perkhidmatan di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta lawatan tinjauan ke projek ‘Point of Presence’ (PoP) berdekatan bandar raya Kuching.

Fahmi juga dijadual berucap pada Majlis Kemuncak HAWANA 2024 yang akan berlangsung pada sebelah petangnya dan bakal dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri Abang Johari. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU

PUSTAKA agih daging korban kepada 220 asnaf

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) memperluaskan rezeki dengan mengagihkan daging korban sempena Program Ibadah Korban PUSAKA 2024 kepada 220 orang asnaf bertempat di