ARTIKEL

Fahmi kecam tindakan ugut, ancam keselamatan wartawan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa wartawan perlu bebas melakukan tugas mereka dan bagi yang menerima ugutan, mereka mempunyai hak untuk membuat laporan serta tidak harus dihalang.

“Saya tidak bersetuju dan kecam sebarang tindakan mengugut atau mengancam keselamatan wartawan. Saya belum terima maklumat penuh mengenai insiden terbabit.

“Namun, saya bersedia untuk bertemu kedua-dua pihak iaitu wartawan yang didakwa diancam dan juga mereka yang didakwa mengancam.

“Saya ingin fahami apa yang berlaku dan sebaik mungkin mencari penyelesaian,” kata Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri hari ini. 

Semalam, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Teh Athira Mohamed Yusof, berkata pihaknya amat prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan wartawan terlibat, iaitu P. Puvaneswaran dan M. Pavalam, serta seluruh komuniti wartawan Tamil.

NUJ menerusi satu kenyataan meminta Fahmi memberi perhatian mengenai kejadian itu dan mengambil tindakan segera bagi menghentikan sebarang bentuk serangan terhadap wartawan.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau mengingatkan dirinya sendiri serta rakan-rakan politik lain untuk menjaga adab dan akhlak mereka, terutamanya semasa berhadapan dengan media.

“Walaupun mereka (ahli politik) tidak bersetuju dengan pandangan dalam sesuatu laporan itu, secara umumnya mereka ada hak untuk menjawab.

“Jadi gunakan ruang itu, jangan melakukan sebarang tindakan di luar lunas undang-undang,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU