ARTIKEL

Fahmi Fadzil (berdiri, kiri) dan Timbalannya, Teo Nie Ching (duduk, dua kanan), bergambar bersama tetamu Majlis Apresiasi Pengamal Media di sebuah hotel hari ini.

Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, di media sosial.

Fahmi berkata beliau mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil berhubung sedutan klip video itu yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat. 

“Saya telah menonton sebahagian video yang telah dimuat naik dan saya telah minta MCMC untuk meneliti perkara ini dan mengambil tindakan bersesuaian, tetapi pada masa sama, ramai yang mungkin mengambil maklum keputusan Datuk Seri Aliff Syukri untuk tidak memuat naik (klip penuh) video tersebut.

“Buat masa ini, kita biarkan dahulu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama Fahmi di sini malam ini.

Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sedutan lagu Aidilfitri terbaharu yang bertajuk ‘Love Raya’ di laman Instagram peribadinya sejak Ahad yang memaparkan adegan kurang sopan.
 
Usahawan kosmetik itu bagaimanapun telah memadamkan video berkenaan dan memohon maaf selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial.

Baca lain  RAPPER BEENZINO BELI RUMAH BEHARGA RM13.86 JUTA

Fahmi menasihatkan pencipta kandungan dan pempengaruh media sosial supaya menghasilkan kandungan yang sesuai dengan semua lapisan umur, terutamanya kanak-kanak.

“Kita perlu memikirkan kandungan yang kita hasilkan dengan lebih mendalam sama ada sesuai memandangkan pada waktu ini, kita tidak tahu (sama ada) yang menonton kandungan itu berumur 90 tahun, 19 tahun atau sembilan tahun,” katanya.

Beliau berkata kerajaan bimbang dengan kandungan yang boleh mendatangkan kesan negatif terutama kepada kanak-kanak di bawah 13 tahun.

“Pada masa ini, pihak media sosial ambil sikap lepas tangan, mereka cuma meletakkan verifikasi yang dengan mudah sesiapa sahaja boleh berbohong tentang umur mereka,” katanya.

Justeru, Fahmi sekali lagi akan bertemu dengan pengendali platform media sosial dalam masa terdekat bagi memastikan ia selamat digunakan atau tidak digunakan oleh kanak-kanak bawah 13 tahun. — BERNAMA

BERITA LAIN

Uyaina kesal isu duit raya

PENGACARA, pelakon dan penyanyi Uyaina Arshad, 31, mengakui kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bersyukur menerima duit raya sedikit. “Apabila duit raya diberikan oleh tuan

Key Jelajah Asia solo pertama

ANGGOTA mumpulan terkenal SHINEE, Kim Ki- Bum atau dikenali sebagai Key, 32, bersiap sedia untuk jelajah solo Asia pertamanya “2024 KEYLAND ON: AND ON ASIA

Priyanka Chopra lebam di wajah

PELAKON, Priyanka Chopra Jonas berkongsi gambar di belakang tabir set penggambaran menunjukkan dia menjalani penggambaran sebuah fi lem komedi aksi Heads of State. Priyanka mengalami

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,