ARTIKEL

Fahmi ucap takziah kepada keluarga keluarga Mat London

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, hari ini.

Fahmi menerusi catatan di Facebook, mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,”menurut catatan itu.

Berita pemergian Mat London yang juga seorang pelakon dan pengarah itu, dikongsikan anaknya Salmany Akir Ahmad, 42, yang mengesahkan Allahyarham menghembus nafas terakhir kira-kira 5.57 pagi tadi, pada usia 74 tahun selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Jun lepas.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati pagi ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati, selepas solat Jumaat. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah