ARTIKEL

Facebook Fahmi Fadzil

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk Cybersecurity Malaysia, pangkalan data utama itu tidak mempunyai apa-apa masalah kebocoran data.


“Ada beberapa pihak yang cuba memainkan seolah-olah sistem itu telah dibolosi… itu jauh dari kebenaran dan ini telah disahkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli…kerajaan jamin keselamatan data,” katanya.


Terdahulu, Rafizi menafikan sistem PADU digodam berikutan dakwaan kumpulan penggodam dikenali sebagai R00TK1T mencuri data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,