ARTIKEL

Pensyarah Program Sejarah Politik dan Strategi dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Suffian Mansor.

Fakulti untuk mengajar MA63, NCR langkah kukuhkan integrasi nasional – Dr Suffian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kewujudan sebuah fakulti yang mengajar tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hak Adat Bumiputera (NCR) Sarawak dilihat sebagai satu langkah baik untuk mengukuhkan integrasi nasional.

Pensyarah Program Sejarah Politik dan Strategi dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Suffian Mansor berkata, ia juga mampu meningkatkan lagi kefahaman terhadap negeri tersebut dengan lebih dekat.

“Kita mengalu-alukan langkah sedemikian, namun usaha tersebut perlu melibatkan sejarah negeri secara menyeluruh.

“Usaha tersebut perlu ditingkatkan bukan hanya mengenali isu tanah atau MA63 sahaja, tetapi juga melibatkan kefahaman sejarah, latar belakang kaum dan geografi serta politik Sarawak.

“Begitu juga dengan elemen-elemen melibatkan budaya, etnik, ekonomi, politik dan geografi yang ada dalam negeri ini,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita mengenai jangkaan penubuhan sebuah fakulti undang-undang Universiti Malaya (UM) di Sarawak merangkumi jurusan Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Maka katanya, universiti-universiti yang ingin memperkenal jurusan tersebut kepada pelajar perlulah membabitkan subjek yang menyeluruh.

“Hal ini boleh meningkatkan kefahaman pelajar mengenai keadaan Sarawak secara keseluruhan dan dapat menjawab isu-isu semasa seperti soal tanah dan MA63,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kakitangan akademik yang terlibat kelak perlu melibatkan pendidik dari Sarawak.

“Anak tempatan perlu dijadikan sebagai kakitangan akademik selain dari luar negeri supaya hal tentang Sarawak dapat disampaikan dengan lebih baik,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU