ARTIKEL

FAMA sasar RM17 juta jualan khas semarak Aidiladha di seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan RM17 juta hasil jualan bagi program Jualan Khas Semarak Aidiladha bermula semalam hingga esok di 685 lokasi di seluruh negara.

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata program itu bertujuan membantu menangani kos sara hidup menerusi kebolehcapaian dan ketersediaan bekalan produk agromakanan dengan harga berpatutan.

Beliau berkata program itu juga diadakan serentak dengan Karnival Agro Madani di enam lokasi iaitu di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, Pasar Tani Kekal (PTK) Seberang Jaya (Pulau Pinang), PTK Chukai (Terengganu), PTK Chini Pekan (Pahang), PTK Datin Halimah (Johor) dan PTK Changlun (Kedah).

“Jualan Khas Semarak Aidiladha dijalankan serentak dengan program Karnival Agro MADANI memberi peluang kepada pengguna mendapatkan bekalan produk agromakanan dengan lebih mudah dan segar pada harga mampu milik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jualan itu di Tapak Promosi, RTC Tunjong, hari ini.

Menurutnya program tahunan itu membantu usahawan bimbingan FAMA memasarkan produk agromakanan secara terus di kedai-kedai pemasaran FAMA.

“Di Kelantan kita ada lebih 300 usahawan yang menyertainya dan kita menyasarkan sebanyak 20,000 pengunjung hadir dan jualan sebanyak RM500,000.

“Menerusi program sebegini, ia dapat meluaskan pasaran mereka dan menambah pendapatan manakala untuk pengunjung mendapat potongan harga seperti combo melibatkan barangan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran,” katanya. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU