ARTIKEL

Fanzi peserta kelahiran Ranau, Sabah pencabar Dream Team di TVSTARZ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dilahirkan dan dibesarkan di Ranau, Sabah, Mohd. Rifanzie juga dikenali sebagai Fanzi, bersedia untuk mencipta nama di Sarawak.

Berketurunan Dusun, guru Bahasa Inggeris ini mempunyai minat yang mendalam dalam menyanyi dan sudah bersedia untuk menyerlahkan bakatnya di TVSTARZ.

Pada tahun 2016, Fanzi memenangi Sugandoi Kaamatan, sebuah pertandingan nyanyian terbesar yang diadakan semasa Pesta Kaamatan, mengalahkan peserta dari daerah-daerah lain di Sabah.

Pada tahun 2020, akaun Youtube miliknya menarik perhatian Superstar Indonesia, Judika.

Fanzi kemudian ditandatangani di bawah Nova Music yang bakal menerbitkan ‘single -Hati Nan Rapuh”.

Pada awal tahun ini, Fanzi telah mengeluarkan lagu “Ika Noh (It’s You)” dengan Marsha Milan yang turut digunakan sebagai OST untuk drama tv “Love Elsa”.

“Saya memang berminat untuk berada dalam industri seni.

“Sejak kecil, memang impian saya untuk menjadi seorang penyanyi,” kata Fanzi, Challenger dari Ranau, Sabah.

Dinilai oleh juri profesional – Ernie Zakri, Amir Jahari dan Yudhi Seriestha bersama bekas Miss World Malaysia, Dewi Liana Seriestha sebagai jurulatih vokal mereka, format pertandingan bakat yang unik ini membuat seluruh Malaysia meneka-neka apa yang akan terjadi kepada Dream Team yang turut berjuang hingga ke puncak.

Peserta Dream Team yang masih kekal, Eyqa, Jalee dan Jazper, telah berhadapan dengan Challenger dari Indonesia, Filipina dan Brunei, mampukah mereka menghadapi Challenger terbaru dari Sabah?

Saksikan konsert TVSTARZ setiap hari Selasa, 9.00 malam (waktu Malaysia) di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya