ARTIKEL

Farm Price buat kemunculan kukuh di Pasaran ACE pada harga 48 sen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Farm Price Holdings Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE pada harga 48 sen semalam, mencatatkan premium sebanyak 24 sen atau 100 peratus berbanding harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 24 sen.

Ketika loceng pembukaan dibunyikan, kaunter itu menyaksikan sebanyak 7.67 juta saham bertukar tangan.

Pada 3 Mei, pemborong dan pengedar sayur-sayuran segar itu yang berpangkalan di Johor melaporkan sahamnya terlebih langgan sebanyak 91.35 kali.

Kumpulan itu menyasarkan untuk mengumpul RM24.48 juta melalui IPO.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.40 juta atau 26.14 peratus akan digunakan untuk membina kemudahan operasi tambahan dan yang berkaitan di Pusat Pengedaran Berpusat Senai manakala RM2.0 juta atau 8.17 peratus telah diperuntukkan bagi pembelian jentera, peralatan dan armada logistik.

Selain itu, RM1.6 juta atau 6.54 peratus diperuntukkan untuk pusat pengagihan kawasan dan perolehan yang dirancang manakala RM10.58 juta atau 43.22 peratus dikhususkan untuk modal pusingan, dengan baki RM3.90 juta atau 15.93 peratus bagi menampung perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Tiong Lee Chian berkata rancangan pengembangan Pusat Pengedaran Berpusat Senai merangkumi kawasan binaan tambahan seluas 84,790 kaki persegi, terutamanya bagi meningkatkan kapasiti bilik sejuk daripada 29,669 palet kepada 40,000 palet setiap tahun apabila siap.

“Ia juga memperluaskan kawasan pemprosesan nilai tambah kami untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat bagi sayur-sayuran segar yang dibungkus dan dipotong kerana ia mempunyai margin yang lebih tinggi.

“Kami ingin memberi tumpuan kepada pembangunan pasaran di Singapura dan mahu menubuhkan pangkalan pemasaran dan jualan di sana kerana kami menjangkakan lebih banyak jualan, disokong oleh penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura akan datang.

“Bagi suku pertama tahun ini, pasaran Singapura menyumbang 28 peratus kepada jumlah pendapatan kami,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian berkenaan.

Dengan ruang tambahan itu, Tiong berkata Farm Price akan melabur dalam mesin dan peralatan baharu untuk memenuhi peningkatan dalam pesanan pelanggan yang dijangkakan, mengurangkan penggunaan buruh dan mengembangkan armada pengangkutannya bagi menampung pertumbuhan dan pengembangan.

 Farm Price juga sedang menubuhkan pusat tambahan bagi tujuan pengedaran di Nilai, Negeri Sembilan dan Cameron Highlands, Pahang.

“Syarikat mengiktiraf potensi pertumbuhan yang ketara dalam industri sayur-sayuran segar, yang mana bahagian pasaran kami kekal di bawah 1.0 peratus di Malaysia dan Singapura.

“Bagi memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk sayuran segar, kami komited dalam memastikan perkhidmatan yang lancar sepanjang proses pengembangan di Pusat Pengedaran Berpusat Senai kami,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi