ARTIKEL

Farrokh (tengah) ketika diumumkan sebagai 'Juara Antara Juara' Mr Sarawak 2024.

Farrokh Ibtisam Ting ‘Juara Antara Juara’ pada Kejohanan Bina Badan Mr Sarawak ke-58

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Farrokh Ibtisam Ting dinobatkan selaku ‘Juara Antara Juara’ pada Kejohanan Bina Badan Mr Sarawak ke-58 di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengungguli Kategori Bina Badan Senior 75 Kilogram (kg) ke atas.

Farrokh, ketika dihubungi hari ini, berkata, beliau pernah memenangi kategori yang sama pada tahun lepas di Kuching.

“Itulah agak terkejut, kerana tak menyangka. Mungkin ini dikatakan tuah, lebih-lebih lagi ia dibuat di tempat kelahiran saya sendiri,” ujar juruteknik Makmal Hospital Sibu itu yang berusia 40 tahun.

Beliau turut menyifatkan pertandingan kali ini sangat sengit kerana ramai peserta yang hebat-hebat, khususnya peserta dari Miri.

Namun beliau turut melahirkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bertanding lagi walaupun sudah mulai berusia.

Farrokh (tengah) bersama pesaingnya selepas dinobatkan sebagai ‘Juara Antara Juara’ Mr Sarawak 2024.

Kejohanan edisi kali ini dianjurkan oleh Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) yang disertai seramai 42 peserta dari Zon Miri, Sibu dan Kuching.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan kali ini, termasuk Kategori Wanita Terbuka yang diungguli oleh Ong Shih Ling, manakala Tina Nubib di tempat kedua, di mana kedua-duanya peserta dari Kuching.

Antara keputusan lain dalam kejohanan ini ialah bagi Kategori Sports Physique, Ahmad Alif Mohamad Merah dari Sibu dinobatkan sebagai juara Kelas Bawah 170 Sentimeter (sm) manakala Mohd Nasriq Tambi (Kuching) memenangi Kelas Atas 170sm.

Kelas Bawah 167sm dalam Kategori Athletic Physique diungguli Chong Hien Yung dari Miri sementara Kelas Atas 167sm diungguli Muhd Azzrul Safare (Sibu).

Sementara itu, wakil Miri, Hamizan Zaudin, memenangi dua gelaran, iaitu Kategori Masters (45 Tahun Ke Atas) dan Bina Badan Senior Atas 65kg.

Rakan sepasukannya pula, Ranovich Mathew dan Sariewin Mudim, masing-masing menjadi juara dan naib juara dalam Kategori Bina Badan Senior Bawah 65kg.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU