ARTIKEL

FAS perhebat kursus jurulatih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan memperhebatkan penganjuran kursus kejurulatihan pada masa akan datang.

Timbalan Presiden FAS, Kaunselar Abang Suhordie Abang Zaini menegaskan, pendekatan tersebut dilakukan supaya keperluan tenaga jurulatih di seluruh bahagian pada setiap penganjuran liga domestik dapat diseragamkan.

“Dalam pada itu, ilmu yang dimiliki para jurulatih yang lahir hasil daripada kursus ini dapat diterjemah ke peringkat akar umbi demi memastikan pembangunan sukan bola sepak dapat dikembangkan.

“Ini kerana menjadi fokus utama FAS untuk memperhebatkan penganjuran kursus jurulatih pada masa akan datang.

“Pihak kita mahu memastikan jurulatih baharu yang dilahirkan nanti berupaya memperkasa pembangunan sukan nombor satu itu,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran Kursus Sijil Kejurulatihan Bola Sepak Lesen ‘D’ FAM di Simanggang.

Menurut Abang Suhordie, kursus bermula pada 22 September akan berakhir esok dan melibatkan seramai 22 orang peserta.

“Pasti ada kalangan jurulatih baharu ini akan berjaya dalam kerjaya baharu mereka nanti,” tambah beliau lagi.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu