ARTIKEL

Fasa pertama KUTS beroperasi pada akhir 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang sedang dilaksana dan diselenggara oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) beroperasi menjelang akhir 2027.

Projek KUTS, di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan perbelanjaan dianggarkan RM6 bilion daripada kerajaan negeri akan meminimumkan kesesakan lalu lintas sambil memacu produktiviti dan pertumbuhan ekonomi yang lebih besar.

Eksekutif Kanan Promosi dan Perhubungan Awam Sarawak Metro, Muhammad Fahri Izzad Muhammad Yakup berkata Fasa 1 projek itu terdiri daripada tiga laluan transit iaitu Laluan Biru, Laluan Merah dan Laluan Hijau, yang meliputi jarak keseluruhan 69.9 kilometer dengan 35 stesen.

Beliau berkata peringkat pertama Laluan Biru yang bermula dari Rembus ke Stutong disiapkan pada penghujung tahun depan, diikuti peringkat kedua bermula dari Stutong ke Hikmah Exchange dan Laluan Merah (Kuching Sentral – Pending) pada 2026.

“Laluan Hijau (Pending – Damai Central) beroperasi sepenuhnya pada 2027,” katanya kepada Bernama pada persidangan Penyelesaian Rel Asia 2024, di sini.

Selain itu, Muhammad Fahri Izzad berkata Transit Aliran Autonomi (ART), tulang belakang projek KUTS beroperasi di landasan maya yang dikhaskan untuknya dan dijana oleh sel bahan api hidrogen dengan kelajuan operasi sehingga 70 kilometer sejam.

“Lima unit ART pertama tiba pada Oktober ini dan apabila ia beroperasi sepenuhnya, kami akan mempunyai 38 unit ART,” katanya.

Penyelesaian Rel Asia 2024 menyediakan persekitaran sempurna untuk perbincangan dan peluang rangkaian untuk lebih 60 pengendali kereta api di rantau Asia.

Pengarah Penyelesaian Rel Asia Norman Johnston berkata, pameran dan persidangan tahunan yang ke-23 itu berlangsung selama dua setengah hari dan dijangka menarik 12,000 hingga 15,000 pengunjung.

“Kami membawa masuk delegasi pengendali kereta api dari negara lain seperti Bangladesh, Indonesia, Vietnam dan Filipina

“Mereka boleh bertemu rakan sejawat dari negara-negara lain dan membincangkan masalah yang mereka hadapi serta membantu antara satu sama lain bagi mencari kaedah penyelesaian,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat