ARTIKEL

Fasa serangan darat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERANGAN Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 9,000 jiwa, dengan 3,760 antaranya kanak-kanak, 2,326 wanita terkorban, kini dipanjangkan ke wilayah Tebing Barat, Palestin.

Lebih 120 jiwa terkorban di Tebing Barat hingga hujung minggu lepas.

Tentera Israel semacam menyediakan lowongan untuk memasuki Gaza melalui serangan darat yang akan menyaksikan kematian lebih tinggi melibatkan antara kedua-dua pihak, jika ia berlaku.

Minggu ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu nekad dan menegaskan tidak akan ada gencatan senjata dalam perang menentang Gaza kali ini.

Beliau menyifatkan gencatan senjata merupakan tanda menyerah kepada Hamas di wilayah tersebut.

Ketika ini terdapat lebih 230 tawanan Israel berada dalam tangan Hamas sejak serangan 7 Oktober lepas.

Meneruskan perang, Israel mengerah tentera dan kereta kebal memasuki pinggiran Gaza di Daerah Zaytun minggu ini, selepas meningkatkan serangan jet tempur melalui udara secara besar-besaran ke daerah kekuasaan Hamas.

Pada satu masa, Israel membedil Hamas dengan sekitar 450 serangan.

TERBELAH

Namun, menurut CNN, ketika ini Kabinet Perang Israel yang dibentuk Netanyahu didakwa terbelah.

Netanyahu dikatakan kecewa dengan pihak militer dan perisikan Israel serta menyalahkan mereka yang menyebabkan Israel rentan diserang Hamas pada 7 Oktober.

Dikatakan juga terdapat maklumat kurang tepat yang mengatakan Hamas mudah dijinakkan sebagaimana dilaporkan Al Jazeera.

Dari segi politik dalaman Israel, terdapat pihak menyalahkan Netanyahu yang dituduh mengambil peluang memanfaatkan perang Israel-Hamas untuk kepentingan politiknya semata-mata.

Terdapat kritikan, menilai insiden itu menunjukkan keretakan yang semakin jelas dalam institusi politik mahupun militer dalam Kabinet Netanyahu.

Bahkan, CNN menyebut, mantan menteri pertahanan Israel Benny Gantz turut tidak mempercayai Netanyahu.

Gantz turut meminta Netanyahu memberikan sokongan penuh kepada militer dan biro penyiasat domestik Israel, Shin Bet.

Musuh atau rival politik Netanyahu, mantan menteri pertahanan Avigdor Lieberman mengatakan: “Netanyahu tidak tertarik dengan keamanan, beliau tidak peduli dengan tawanan, hanya politik.” Itu kata media besar dunia.

SENGIT

Sementara, pertembungan sengit disebut menjadi tanda baharu ketegangan dalam institusi politik Israel, bahkan termasuk dalam kabinet perang.

Mantan pengarah menteri luar Israel, Alon Lien mengatakan: “Ini hanya puncak gunung glasiar daripada hal yang akan terjadi pada Israel setelah konflik selesai.”

Laporan media merekodkan serangan Israel banyak menyasarkan perumahan awam sehingga kepada fasiliti kesihatan di Gaza, termasuk hospital dan rumah ibadah, masjid dan gereja. 

Kritikan pihak tertentu mendapati serangan di Gaza tampaknya melanggar dasar utama perlindungan bagi kanak-kanak dalam konflik bersenjata seperti termaktub dalam Konvensyen Genewa.

Israel menjadi negara ke-196 meratifikasi konvensyen tersebut pada 6 Julai 1951.

Beberapa fasal dan protokol Konvensyen Geneva menyebut tanggungjawab memberi perlindungan kepada anak-anak sepanjang waktu perang.

AKSES

Ini termasuk membangunkan hospital dan zon aman untuk anak-anak bawah 15 tahun, memastikan adanya akses bahan makanan asas, pakaian, dan ubat-ubatan bagi anak-anak di daerah terkepung; sehingga perlunya rawatan khusus bagi anak-anak yatim piatu atau terpisah daripada keluarga.

Tanggungjawab lain semasa perang menurut konvensyen ialah memindahkan anakanak ke daerah aman dan menyatukan mereka dengan ahli keluarganya serta memastikan kesediaan ahli agama, petugas perubatan dan kemudahan perubatan.

Malah, Konvensyen Geneva menyebut anak-anak punya hak atas perlindungan persekitaran budaya dan pendidikan mereka.

Sejauh mana sekolah tidak digempur dalam perang sebegini?

Justeru, berdasarkan Konvensyen Geneva, sejauh mana Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Den Haag, berkuasa memutuskan pergolakan di Timur Tengah tidak melanggar hukum antarabangsa?

Sejumlah aktivis sudah meminta ICC mengambil sikap tegas ke atas perang berlaku di Gaza.

Masa silam, ICC sudah memulakan siasatan pada siri perang berlaku di tanah bergolak itu, namun sehingga kini ICC tidak meminta tanggungjawab siapa pun!

LAIN-LAIN BERITA

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim