ARTIKEL

Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita.

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027.

Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penaiktarafan ini dibuat setiap kali ada acara besar yang dianjurkan di negeri ini.

“Sudah tentu, kita perlu lakukan sedikit penambahbaikan ke atas fasiliti berkaitan (yang digunakan pada sukan SEA) kelak.

“Sekali gus, ia akan memberi manfaat kepada industri yang terlibat termasuk sektor pembinaan dan sebagainya. Ini satu perkara baik untuk industri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Konsert Tribute to Abba & Queen di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, pada Ahad.

Menurutnya lagi, sebanyak 18 daripada 36 sukan SEA akan diadakan di Sarawak setakat yang dibincangkan dan kebanyakan bertumpu di kawasan Kuching dan Kota Samarahan.

“Kawasan ini menjadi tumpuan kerana kebanyakan fasiliti yang baik ada di sini termasuk pusat akuatik (renang), Megalanes (boling) dan Stadium Sarawak. Ini antara tempat yang akan digunakan kelak,” katanya.

Menjawab soalan pemberita, Abdul Karim mendedahkan bahawa beliau sudah membuat perbincangan bersama-sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengenai sukan SEA akan datang.

“Malah, kami ketika di Kuala Lumpur sudah mengadakan libat urus dengan pihak tertentu untuk berbincang mengenai tajaan bagi acara berkenaan,” katanya.

Sementara, Malaysia secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah sukan SEA ke-34 pada tahun 2027, selepas giliran Thailand pada tahun 2025.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU