Fatimah berharap lebih banyak vendor tampil jadi rakan strategik KGC

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menjalinkan kerjasama dengan Plaza Merdeka Holdings Sdn Bhd untuk menggalakkan vendor menjadi rakan strategik kepada Kenyalang Gold Card (KGC). 

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, tindakan lanjut yang boleh dilakukan oleh pasukan Plaza Merdeka adalah untuk membincangkan perkara tersebut dan ia merupakan tugas mereka. 

“Dalam usaha mencari lebih banyak vendor KGC, saya ingin mengingatkan pasukan KGC agar tidak hanya mencari perusahaan besar tetapi juga perniagaan kecil seperti kedai kopi dan restoran kerana warga emas kita sering mengunjungi tempat-tempat seperti ini. 

“Saya percaya dengan diskaun 10 peratus untuk semangkuk Laksa Sarawak, Mi Kolok dan minuman, ia tetap bermakna kepada mereka (warga emas),” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penghargaan Rakan Strategik KGC dan Penyerahan Bantuan Kebajikan di Hotel Waterfront, di sini semalam. 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mac 2021

Suara Sarawak