Felda tandatangan kolaborasi tingkatkan pendapatan peneroka

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menandatangani perjanjian kolaborasi model baharu Program Pembangunan Peneroka (PPP) bernilai RM100 juta dengan Agrobank untuk meningkatkan pendapatan warga peneroka.

Menurut kedua-dua pihak model baharu PPP itu melibatkan 100 koperasi peneroka dan 500 individu dengan usaha sama tersebut menumpukan pelaksanaan projek berskala besar dan bernilai tinggi.

Projek yang dipilih dan dirancang juga melibatkan kerjasama peserta industri yang berada di bawah Agrobank serta yang mencatatkan kejayaan dan rekod prestasi dalam bidang masing-masing.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, setiap peneroka atau koperasi rancangan yang layak menerima geran daripada Felda untuk membiayai kos modal tertakluk kepada nilai maksimum RM20,000 berdasarkan penilaian Agrobank.

Beliau berkata, kos operasi pula dibiayai oleh Agrobank dengan jaminan Felda. “Secara keseluruhan, projek usaha sama ini menyasarkan penglibatan 100 koperasi peneroka dan 500 individu,” katanya kepada pemberita pada majlis pemeteraian perjanjian kolaborasi itu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak