ARTIKEL

Fenoliza Julan Graduan Terbaik 2023 kolej cyberjaya Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PENDIDIKAN senjata paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia – Nelson Mandela. 

Demikian kata-kata yang dijadikan sumber inspirasi pelajar cemerlang, Fenoliza Julan Ariffi n Peter yang berjaya menerima Anugerah Graduan Terbaik (Best Graduate 2023) pada Majlis Konvokesyen Kolej Cyberjaya, Kuching baru-baru ini.

 “Setiap daripada kita dibekalkan dengan senjata (ilmu) yang berkuasa dan kini, semasa kita melangkah ke dunia luar dari dewan yang suci ini, kita memikul tanggungjawab besar untuk memberi impak positif kepada dunia,” ujarnya. 

Dari Kanowit, Sibu ke Kuching demi menuntut ilmu, Fenoliza kini mampu berbangga apabila berjaya menghabiskan pengajian dengan keputusan cemerlang – bukan hanya bidang akademik, malah kokurikulum. 

Mengakui gementar dan gembira ketika menerima Anugerah Graduan Terbaik, Fenoliza memberitahu pemberita bahawa dia tidak pernah menyangka menjadi perima penghargaan tersebut.

“Tip kejayaan, selain membuat peta minda, saya juga selalu memberanikan diri dan rajin bertanya kepada pensyarah sekiranya tidak memahami sesuatu dengan cepat tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan walaupun terpaksa bertanya pada tengah malam. 

“Moto hidup ialah believe, drift, dream and archive,” katanya kepada Suara Sarawak. 

Mengakui melangkah ke dunia pekerjaan bukan sesuatu yang mudah, Fenoliza memberitahu dia banyak terdedah dengan pelbagai persekitaran yang baharu dan skop kerja.  

“Ini merupakan kali pertama saya bekerja dalam bidang Sumber Manusia, ia mengajar saya sentiasa bersikap neutral, selain turut berdepan pelbagai ragam orang,” ujarnya.

CABARAN

Menyentuh cabaran dalam belajar pula, Fenoliza berkata, belajar semasa pandemik Covid-19 sangat mencabar kerana terpaksa berdepan pendidikan norma baharu apabila perlu mengadaptasi pelajaran secara dalam talian terutama untuk subjek akaun. 

“Memang susah kami nak tangkap atau memahami yang diajar oleh pensyarah sebab semuanya diajar secara online bukan secara fizikal, jadi sangat mencabar juga. 

“Tetapi, syukur dapat diatasi dengan kerjasama kedua-dua pihak, banyakkan bertanya sekiranya tidak memahami apa-apa yang dipelajari,” dedahnya. 

Menurut Fenoliza, majlis konvokesyen merupakan peristiwa penting dalam kehidupan untuk meraikan kemuncak kerja keras, ketabahan dan dedikasi. 

Malah, berdiri di hadapan hadirin sambil berucap sebagai graduan terbaik merupakan penghormatan yang besar dan luar biasa baginya. 

Mengimbau kembali perjalanan yang indah ini, katanya sudah tentu cabaran yang dihadapi, persahabatan yang terjalin dan banyak masa yang dihabiskan untuk belajar dan berusaha demi kecemerlangan. 

“Sistem sokongan juga memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan.

Tiga tahun yang lalu, memberikan banyak suka dan duka dan paling bertuah mempunyai keluarga di sisi yang menyokong sepanjang perjalanan ini. 

“Terima kasih, ibu dan ayah, saya tidak ada di sini tanpa kalian berdua. Kepada pensyarah, terima kasih yang tidak terhingga kerana membantu saya menjadi insan yang cemerlang. Kami tidak mampu mencapai kejayaan tanpa sumbangan semua,” katanya.

PENSYARAH HEBAT

Tambah Fenoliza, pensyarah yang hebat di kolej ini, berjaya membimbing mereka menjadi pelajar yang berdikari, terlibat dalam pembelajaran dan pemikir yang hebat. 

Dalam pada itu, Fenoliza menzahirkan penghargaan kepada pensyarah kerana mempercayai kebolehan, mengiktiraf bakat dan sentiasa memberi galakan setiap kali hampir berputus asa.

Di samping itu, Fenoliza turut merakam ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan kolej kerana mewujudkan persekitaran yang memupuk pembelajaran, pertumbuhan dan kejayaan. Visi dan kepimpinan ini memberikan sumber dan peluang yang diperlukan untuk cemerlang.

Sementara itu, Fenoliza turut menasihati pelajar agar belajar bersungguh-sungguh kerana peluang sebegini hanya datang sekali seumur hidup.

“Kepada anak-anak muda di luar sana, tolong jangan sia-siakan peluang belajar di peringkat pengajian tinggi kerana tidak semua orang mampu belajar macam kita, jadi, jika dapat peluang seperti ini tolong hargai,” ujarnya. 

Untuk pengetahuan, Fenoliza merupakan pelajar Diploma dalam pengajian Perniagaan yang aktif dalam kedua-dua akademik dan kokurikulum tambahan yang memperoleh Purata Peratus Gred Kumulatif (CGPA) 3.88 yang melayakkan dirinya dipilih sebagai graduan terbaik.

Kejayaan itu, melayakkannya menerima wang tunai RM500, plak dan sijil penghargaan pada Majlis Graduasi Kolej Cyberjaya Kuching, baru-baru ini. 

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta