ARTIKEL

Gambar fail: Gerhana matahari 2019

Fenomena gerhana matahari 8 April, sebelum Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Gerhana matahari total melintasi wilayah Amerika Utara seperti Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico pada 8 April 2024.

Kota yang dilintasi antara lain Texas, Arkansas, Missouri, Illinois, Indiana, Kentucky, Ohio, Pennsylvania, New York, New Hampshire dan Maine.

Ketika berlakunya fenomena ini, Bulan menutupi seluruh permukaan Matahari dalam period singkat yang dikenal sebagai totalitas dan disaksikan 32 juta orang di AS.

Badan Angkasa Lepas AS (NASA) menyiapkan sejumlah eksperimen ilmiah mendepani peristiwa tersebut.

Fenomena ini dikatakan hanya berlaku lagi pada Ogos 2044 dan 2046.

Saintis mengatakan, sekitar 15 hingga 20 minit, langit mula berwarna suram dan aneh.

Langit yang makin gelap merupakan isyarat bermulanya fenomena langka ini dengan orang ramai harus memakai cermin mata untuk dapat menyaksikan gerhana dengan aman.

Ketika bulan melintas depan Matahari, sinar bintang akan menyinari lembah di cakerawala Bulan, menciptakan titik bercahaya di sekitar bulan.

Manakala, menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Persatuan Astronomi Emiriah Arab Bersatu (UAE), al-Jarwan menyebut Aidilfitri 1445H dijangka jatuh pada Rabu, 10 April ini, menggenapkan puasa 30 hati.

Baca lain  Masihkah anda masukkan iPhone basah di dalam beras?

Manakala, berkaitan gerhana, al-Jarwan turut menjelaskan fenomena munculnya anak bulan Syawal bertepatan dengan berlakunya gerhana matahari total pada 8 April 2024.

Memetik laporan Gulf News 1 April, kemunculan anak bulan sebelum tengah malam menyebabkan anak bulan kelihatan setelah terbenam matahari di kebanyakan negara Islam.

BERITA LAIN

Langit Dubai berwarna hijau selepas banjir besar

Beberapa kawasan di Dubai, UEA menyaksikan langitnya berubah warna hijau. Mengutip Express.co.uk, sebahagian penduduk di beberapa kawasan terpesona menyaksikan pemandangan langit berwarna hijau yang menakjubkan.

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang