Fenomena Istiwa’ A’zam berlaku jam 5.16 petang esok

KUCHING: Jabatan Mufti Negeri Sarawak memberitahu, fenomena Istiwa’ A’zam akan berlaku esok pada jam 5.16 petang.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, fenomena ini berlaku dua kali setahun apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.

“Apabila Istiwa’ A’zam berlaku, bayang-bayang sesuatu objek tegak yang akan menunjukkan arah kiblat.

“Bayangan objek akan jatuh ke arah timur disebabkan fenomena ini berlaku pada waktu petang,” katanya.

Ujarnya, arah menunjukkan kiblat adalah bayang yang menghadap ke objek tersebut.

Katanya lagi, kejadian yang sama dijangka berlaku pada 15 Julai 2020 jam 5.28 petang.