ARTIKEL

Fenomena Zubir Khan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FASIH berbahasa lain yang bukan bahasa ibunda kita sudah pasti memberi kelebihan kepada seseorang individu menjalankan urusan harian seperti belajar, bekerja atau berniaga.

Sudah pasti kita kagum melihat seorang anak Melayu fasih bercakap dalam bahasa lain seperti Tamil atau Mandarin.

Namun sejak akhir-akhir ini negara kita dilanda fenomena Zubir Khan yang menyanyikan lagu dalam bahasa Tamil.

Langkah diambil Zubir ini merupakan pilihan tepat kepada penyanyi dan komposer muda berbakat berusia 24 tahun ini untuk mencipta nama dalam karier seni nyanyian tanah air.

Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali mula berjinak-jinak mencuba nasib menjadi anak seni pada 2017 dengan tampil membuat lagu cover dalam bahasa Tamil.

Anak bongsu daripada lima beradik ini pada mulanya tidak fasih berbahasa Tamil, namun mendapat galakan padu daripada rakan India untuk terus berusaha tanpa rasa putus asa.

Bukan sekadar membuat lagu cover, Zubir pada 2017 turut menyanyikan lagu Tamil pada majlis kenduri kahwin.

Selepas hampir dua tahun membuat lagu cover di media sosial, pada 2019, Zubir mula mencipta dan menulis lirik untuk lagu Tamil.

Kefasihan Zubir menguasai bahasa Tamil banyak dibantu rakan India terutama untuk memahami makna setiap perkataan dengan sebutan betul.

Zubir memilih untuk mendendangkan lagu Tamil disebabkan minat belajar pelbagai bahasa.

Penyanyi berbakat ini juga pernah membesar di kawasan estet di Sepang, Selangor bersama-sama kaum Melayu, Cina dan India.

Walaupun masih dianggap penyanyi baharu, Zubir yang kini popular dengan lagu Oh My Khadhale atau OMK duet bersama-sama rakannya,

Ezra Kairo sudah menghasilkan tujuh lagu Tamil ciptaan dan lirik ditulisnya sendiri.

Lagu Tamil ciptaan Zubir sebenarnya tidak terikat kepada kisah cinta semata-mata sebaliknya berdasarkan pelbagai jalan cerita seperti perkenalan dengan wanita, hubungan persahabatan dan percintaan.

Zubir memberi keutamaan kepada lirik lagu yang catcy, senang disebut dan mudah diingati oleh sesiapa yang mendengarnya selain memastikan makna setiap perkataan digunakan baik.

Selain lagu OMK, enam lagi lagu bahasa Tamil ciptaan Zubir ialah Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle dan Yennode Macha yang kesemua muzik videonya mencatat jutaan tontonan di YouTube.

Di sebalik cerita manis dalam karier nyanyian Zubir, penyanyi muda ini sebenarnya mempunyai kisah duka yang boleh mengubah kehidupan dan masa depannya.

Zubir sebenarnya hilang sebelah tangan ketika berusia empat tahun akibat termasuk ke dalam mesin kek di kilang roti milik bapanya.

Bagaimanapun sekarang kesedihan yang dihadapinya itu sudah hilang sepenuhnya apabila beliau sedar perancangan Allah sangat baik dan tidak perlu berasa malu dengan kekurangan diri.

Malah Zubir masih boleh menunggang motosikal dan memandu kereta seperti orang normal lain walaupun tiada tangan kanan.

Hakikatnya sokongan moral daripada insan tersayang seperti ibu bapa, keluarga, sahabat baik dan kenalan penting untuk memastikan kita terus berjaya menempa kejayaan.

Kita perlu menyedari setiap kekurangan mungkin satu kelebihan dan yang penting setiap individu perlu sentiasa berusaha untuk memajukan diri.

Zubir merupakan contoh terbaik kerana berjaya menjadi penyanyi yang mendapat perhatian meluas di media sosial khususnya dalam kalangan komuniti muzik India.

Walaupun bukan berketurunan India, kebolehannya menyanyikan lagu bahasa Tamil menarik perhatian ramai dan menjadikannya inspirasi dalam industri muzik.

Sebelum menjadi penyanyi, Zubir pernah berdepan pelbagai cabaran mencari kerja apabila permohonannya ditolak disebabkan kekurangan fizikal.

Kisah hidup Zubir sebenarnya boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk kita menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

Zubir juga mengajar kita, kekurangan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan atau mencari pendapatan menyara keluarga.

Kita tidak sepatutnya menyalahkan takdir jika masih hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Sebaliknya kita perlu mencari jalan keluar daripada sebarang masalah yang berlaku.

Kalau perlu belajar atau melanjutkan pelajaran, maka lakukanlah jika ia mampu mengubah kehidupan kita.

Jika kita mempunyai kelebihan pandai berniaga, tidak salah untuk bertukar angin atau hala tuju.

Setiap usaha kita sudah pasti akan membuahkan hasil jika dilakukan dengan ikhlas dan penuh kesabaran.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kenaikan harga barang sekarang, kita sendiri yang perlu berubah bukannya mengharapkan kepada bantuan orang lain.

Kita tidak sepatutnya mengeluh jika ada bantuan atau subsidi ditarik balik sebaliknya perlu berusaha menjana pendapatan tambahan.

Setiap manusia di muka bumi ini diberi akal dan mempunyai kelebihan masing-masing.

Jika ada kekurangan sekalipun sudah pasti ia disertakan dengan kelebihan.

Kita perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dinikmati dan percaya dengan kelebihan diri.

Untuk berjaya kita memerlukan seseorang yang boleh menjadi contoh dan pendorong.

Sekarang ini ramai dalam kalangan kenalan kita berjaya tidak kira dalam perniagaan, pekerjaan atau pendidikan dan mereka ini boleh menjadi contoh kepada kita.

BERITA LAIN

Berani cakap berani hadap

KEMATIAN seorang pempengaruh baru-baru ini kerana tidak tahan berdepan dengan buli siber membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai membuat ugutan terhadap pempengaruh itu. Sudah

Sasaran 70 emas realistik

SEBAGAI tuan rumah dan selaku bekas juara tiga kali berturut-turut (1990, 1992 dan 1994), adalah wajar untuk kontinjen Sarawak mengimpikan kejuaraan keempat temasya sukan berprestij

PETROS, PETRONAS dan kejutan gembira

RUPA-RUPANYA masih ada yang tidak berpuas hati apabila Sarawak menggerakkan usaha dan berjaya dalam menuntut haknya terhadap pemilikan padang dan lombong minyak dan gas di

Sihat sebelum sakit

MANFAATKAN lima perkara sebelum lima perkara. Pertama, muda sebelum tua; kedua, sihat sebelum sakit; ketiga, kaya sebelum miskin; keempat, lapang sebelum sibuk dan kelima, hidup

Azam baharu hijrah

NABI Muhammad SAW dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah. Di situ bermula kisah Muhajirin dan Ansar bertaut persaudaraan, dan berkembangnya umat Islam lantaran tersebar ke

Ikhlas belajar

SEBELUM memasuki alam pekerjaan atau mengeluarkan titih peluh menjana pendapatan, sudah pasti terdapat mahasiswa mempunyai perancangan kerjaya sendiri. Ada antara mereka mengidamkan untuk bekerja mengikut

BERITA TERBARU

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah